Wednesday, December 16, 2009

MP BN- Boikot Budget Najib


Turut mengambil bahagian dalam undian jam 11.15 malam itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Chong Hwa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Parlimen dari majlis di ibu kota malam kelmarin. ( Berita Harian, 16/12/09)

Apa sudah jadi dengan tahap keyakinan MP BN terhadap PM? BN mempunyai 137 wakil rakyat di Dewan Rakyat manakala pembangkang 82 dan Bebas (tiga). Namun apa yang berlaku ketika sesi pengundian untuk meluluskan Budget sulung PM memberi isyarat yang cukup jelas kepada Najib apabila 70 orang dari mereka telah tidak hadir dapat ditafsirkan sebagai budget ini telah ditolak oleh MP BN sendiri. PM dan TPM yang terpaksa bergegas-gegas ke Parlimen dengan meninggalkan majlis rasmi adalah sesuatu yang amat MEMALUKAN. Tidak pernah lagi perkara ini terjadi sebelum ini mahupun pada era Tun Abdullah yang sering digambar PM yang tidak licik memimpin. Adakah Najib lebih teruk dari Pak Lah?

Walaupun budget ini diluluskan juga tetapi dengan majoriti 3 undi sahaja membuktikan budget ini akan menghadapi masalah di masa hadapan secara lagsung atau tidak langsung. PM berkali-kali menyatakan budget ini tidak akan terjejas akibat kemerosotan keuntungan Petronas seperti yang dibangkitkan oleh ketua pembangkang. Umum mengetahui bahawa lebih kurang 40% dari pendapatan negara disumbangkan oleh Petronas. Rakyat bimbang jika peruntukkan untuk budget ini tidak mencukupi, rakyat akan dibebankan oleh kenaikan harga barang khususnya minyak kenderaan.Siapa yang jadi mangsa? RAKYAT juga....

Ketidak hadiran MP BN ini juga boleh ditafsir sebagai mereka tidak cakna kepentingan rakyat. Mereka perlu bersuara jika terdapat masalah dalam budget ini jangan lepas tangan atau bersikap sambil lewa kerana budget ini akan menentukan halatuju negara selama setahun.
Inilah masalah MP BN, mereka tidak berani untuk tegur kerajaan kerana dibimbangi akan dicop itu ini. Mereka rela "senyap" walaupun mengetahui ada masalah kerana menjaga periuk nasi. Apabila ditanya pula, semua cakap budget ini bagus la,mesra rakyat la, semuanya hipokrit semata-mata kerana jika tidak diampu begitu, bimbang tidak tercalon masa PRU13 nanti.

Soal kehadiran MP di Parlimen juga mendukacitakan. Mereka juga tidak ubah seperti budak-budak nakal disekolah yang selalu ponteng sekolah. Rakyat dapat lihat dari klip-klip video persidangan Parlimen dikaca TV nampaknya lebih kerusi kosong dari yang bertuan. Tidak dinafikan menteri atau timb menteri terdapat urusan-urusan rasmi diluar, tetapi yang tidak memegang apa-apa ini juga gagal hadir ke Parlimen. Mungkin sudah diperlukan satu undang-undang atau hukuman yang tegas kepada kaki-kaki ponteng ini. Mereka gagal menjadi "pekerja" yang baik jika diaggap Parlimen itu sebagai pejabat buat ahli parlimen. Apabila dicadang untuk dipotong gaji atau elaun semua pun marah,tetapi kerja malas!!mereka perlu sedar, gaji yang mereka peroleh itu adalah duit rakyat jelata. Wahai rakyat semua, perhatikan gelagat MP anda setiap masa, jika mereka malas, kaki ponteng dan lain-lain. Maka mari kita JATUHKAN mereka melalui PRU13 nanti. Anda fikirlah sendiri..

Pembangkang- Tidak Membangkang Membuta-Tuli


"Kita pelik macam mana dalam tempoh beberapa minggu beliau (Nik Abdul Aziz) telah berubah fikiran dan mengganggap saya sebagai seorang pemimpin dan pejuang Islam yang berani," katanya sambil tersenyum. ( Utusan, 16/12/09 )

Kenapa pelik pula? Itulah sikap profesional seorang pemimpin yang bukan hanya meletakkan prinsip segala yang dilakukan oleh "musuh" politik adalah semuanya salah dan perlu dibangkang. Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz ini seharusnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Jika pembangkang buat yang betul, maka cakaplah itu betul.

Pembangkang acap kali bersetuju dan menyokong dengan keputusan kerajaan sungguhpun di dalam Parlimen. Isu-isu kemanusiaan seperti bantuan kepada mangsa malapetaka, peperangan khususnya Palestin-Israel dan banyak lagi membuktikan pembangkang tidak membangkang meng"khinzir" buta dalam setiap keputusan mereka.

Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia pernah berkata "pelik" dengan perangai-perangai ahli-ahli dewan khususnya dari kem pembangkang yang bilamana berada didewan, seolah-olah singa lapar yang akan menyerang mangsa habis-habisan, tetapi apabila diluar pula, boleh minum teh sekali dan boleh berpeluk-pelukkan pula.

Ini semua tidaklah sesuatu yang pelik kerana sikap sebeginilah yang akan mengankat status Parlimen kita setaraf Parlimen kelas pertama dunia. Didalam dewan, setiap perbahasan perlu dilakukan dengan sesempurna mungkin untuk kebaikan negara dan rakyat. Menegakkan pandangan yang berbeza di dewan tidak seharusnya dipandang serong kerana apa yang dikatakan oleh pembangkang itu akan menjadi satu "check and balance" kepada cadangan pihak kerajaan. Apabila berada di luar pula, segala "permusuhan" didewan tidak dibawa keluar. Mereka keluar dan bertemu pemimpin kerajaan atas kapasiti seorang kawan atau suadara seagama.

Beginilah yang rakyat hendak lihat akhlak dari pemimpin-pemimpin pilihan mereka. Memperjuangkan hak rakyat bermati-matian di dewan tetapi menjadi kawan di luar. Tetapi perkara ini tidak di praktik pula oleh pemimpin kerajaan kecuali sedikit sahaja. Bagi mereka, apa yang pembangkang cakap semua tidak betul, hanya mereka sahaja yang betul. Seolah-olah mereka sahaja yang pandai mentadbir negara. Anda fikirlah sendiri..

Wednesday, December 9, 2009

Iklan melampau-BN kena saman 546juta


KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah syarikat pembekal papan iklan dan Barisan Nasional (BN) diperintah memfailkan beberapa dokumen penting berhubung kes saman RM546 juta oleh syarikat tersebut terhadap BN atas dakwaan parti politik itu telah menamatkan perjanjian secara salah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Yusliana Yusoff memberi tempoh sehingga 13 Januari ini untuk syarikat tersebut, Pentas Permata Sdn. Bhd. (PPSB) dan BN memfailkan dokumen-dokumen terbabit.
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili BN selaku defendan ketika ditemui pemberita memberitahu, mahkamah turut memerintahkan supaya PPSB selaku plaintif dan BN memfailkan ikatan dokumen yang telah dipersetujui.

Selain itu mereka diminta memfailkan ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui, senarai saksi yang terlibat, ikatan kes plaintif serta defendan, senarai isu yang akan dibicarakan dan pernyataan fakta yang telah dipersetujui.
Nur Liana turut menetapkan pengurusan kes peringkat akhir pada 26 Januari ini sebelum menentukan tarikh perbicaraan.
PPSB memfailkan saman terhadap BN melalui pegawai amnya, Datuk Yaakob Mohammad pada 7 Disember 2007.

Dalam writ saman terpinda, plaintif menyatakan, melalui perjanjian bertarikh 5 Januari 2006, defendan telah melantik syarikat itu sebagai ejen untuk membekal, mendiri dan menyelenggara struktur papan iklan luaran bagi mempromosikan BN ketika pilihan raya umum.
Plaintif menyatakan, perjanjian tersebut memperuntukkan tempoh lima tahun dengan pilihan diberikan kepada syarikat itu untuk memperbaharuinya bagi tempoh lima tahun lagi.
Plaintif mendakwa, defendan telah gagal bekerjasama bagi memperoleh lokasi strategik dan menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan-papan iklan.

Mengikut perjanjian, plaintif menyatakan, defendan berhak menamatkan perjanjian tersebut pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan perjanjian itu ditandatangani.
Bagaimanapun, dakwa plaintif, notis penamatan khidmat syarikat itu oleh defendan telah dikeluarkan pada 5 Februari 2007 iaitu melampaui tempoh enam bulan yang ditetapkan.
Akibatnya, plaintif mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan iklan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua serta jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.

Sehubungan itu, syarikat tersebut menuntut ganti rugi khas RM546,552,800, ganti rugi am, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
BN dalam pernyataan pembelaan bertarikh 9 April 2008 pula memohon supaya tuntutan plaintif ditolak dengan kos.
Defendan mendakwa, perjanjian tersebut ditamatkan kerana plaintif telah gagal menunjukkan sebarang hasil daripada tugas yang sepatutnya dijalankan di bawah perjanjian tersebut.
Defendan menyatakan, penamatan perjanjian terhadap plaintif adalah sah kerana keingkaran plaintif menjalankan tanggungjawab mereka di bawah perjanjian tersebut. (Utusan 9 Dis 09)

Inilah dia BN, parti yang banyak membazir dalam perang kempen dalam pilihanraya. Jika dilihat dari segi peralatan dan bahan kempen BN, semuanya yang mahal-mahal dan terkini. bilik gerakan yang serba baru secara tidak lansung meningkatkan perbelanjaan kempen mereka. Berbeza dengan parti pembangkang yang lebih "miskin" dari BN. Hasil kreativiti penyokong yang banyak guna semula bahan-bahan terpakai menjadikan kempen mereka nampak menarik!! hanya berbekal semangat dan kerjasama sesama sendiri menjadikan mereka tidak berharap kepada duit untuk buat kerja. Inilah yang sangat dicemburui BN, kerana petugasnya hanya akan buat kerja jika ongkosnya beres!!

Pertama- Yang menjadi persolaan berkenaan kos kempen BN yang begitu tinggi dalam mana-mana PR. Dari mana mereka memperoleh duit itu? ada yang mengatakan bahawa duit kempen BN ini disumbangkan secara "paksa rela" dari kontraktor yang cari makan bawah BN. kalau tak diberi, projek tak dapat la. kalau beri skit..dapat projek pun skit la. Semua hal ini perlu difikir oleh mereka dalam meletakkan harga untuk projek-projek mereka. Dek kerana mereka terpaksa "menabung" untuk BN, maka rakyat terbeban kerana terpaksa bayar mahal untuk kontraktor-kontraktor ini buat kerja. betul tak?

Kedua- Berikutan saman yang dikenakan kepada BN ini, digesa pihak SPR membuat penyiasatan terhadap perbelanjaan kempen BN selama ini. Semua sedia maklum bahawa terdapat syarat had penggunaan kos terhadap kempen Pilihan Raya bagi setiap parti politik. Had kos yang ditetapkan juga berbeza antara kerusi PARLIMEN dan DUN. Tetapi yang pasti tidaklah sampai RATUSAN JUTA seperti dilakukan BN ini. Alangkah baik dan lebih berfaedah menggunakan duit ini untuk terus beri rebat kepada kenderaan jer. Anda fikirlah sendiri..

Saturday, November 28, 2009

Bergelap- Sejak MERDEKA tiada elektrik


50 tahun hidup tanpa kemudahan elektrik

RAUB - Seramai 115 penduduk penempatan kekal masyarakat Orang Asli di Batu Balong, di sini menyatakan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana gagal memenuhi keperluan bekalan elektrik yang amat diperlukan.

Ketua Masyarakat perkampungan Orang Asli Batu Balong, Mohd Yusof Abdullah berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengemukakan aduan berhubung perkara terbabit, tetapi sehingga kini, semuanya hampa.

Menurutnya, setiap kali pilihan raya umum, penempatan mereka dikunjungi pemimpin setempat, dan pelbagai janji pembangunan ditabur, tetapi apabila pilihan raya selesai, janji hanya tinggal janji.

“Sehingga kini, sudah empat penggal kami menyuarakan hasrat untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik bagi setiap rumah, tetapi tidak pernah mendapat perhatian sewajarnya.

“Ketiadaan elektrik menyebabkan kami sentiasa dalam kesusahan. Sehingga kini, kami masih lagi terpaksa mencari damar untuk dijadikan pelita bagi memudahkan urusan pada malam hari.

“Kami sudah tidak sanggup lagi berulang-alik sejauh 12 kilometer ke bandar Raub untuk membeli bekalan minyak bagi kegunaan pelita,” katanya. [sinarharian.com/pahang/28 Nov 2009]

Sering dimomok dalam akhbar dan TV betapa daif, miskin, tiada kemudahan asas sempurna seperti elektrik dan air di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pembangkang.
tetapi inilah realiti yang berlaku di negara kita, satu negeri yang tidak pernah diterajui pembangkang sejak dari merdeka lagi turut ada kes-kes sedemikian.

Lebih dukacita lagi apabila kawasan Raub ini diterjui oleh Ahli Parlimen kerajaan yang bertaraf Menteri. Adakah Y.B. Dato' Sri Dr.Ng Yen Yen tidak mengetahui ada masyarakat di tempatnya masih tiada bekalan elektrik? Apa pula peranan UMNO yang mengetuai kerajaan Negeri? hendak dikatakan peruntukan dari Kerajaan Pusat tidak dapat, itu mustahil berlaku. Jadi apakah masalah kepada golongan kecil di Raub ini?

Jika negeri yang baru diperintah PR selepas PRU lepas seperti Kedah, terus dicanang pelbagai masalah seperti ini hari demi hari. Adakah bila PR perintah terus serta merta orang itu jatuh miskin? atau jika negeri yang pernah dicanang banyak masalah kemasyarakatan seperti Terangganu di era pemerintahan PAS dahulu kembali kepada BN, maka automatik orang-orang miskin dulu terus jadi kaya raya? Andalah yang perlu fikir dan nilai sendiri.

Tuesday, November 24, 2009

SPR- SURUHANJAYA POLITIK BN


PUTRAJAYA 23 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi, minggu lalu.

Notis itu difailkan pukul 4.40 petang di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di sini berikutan kegagalan SPR memperoleh penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan itu hari ini. (Utusan/ 23 Nov 2009)

SURUHANJAYA POLITIK BN mungkin itulah nama yang paling sesuai dijodohkan kepada SPR kini. Umum mengetahui antara tugas utama SPR ialah mengistiharkan kekosongan kerusi DUN/PARLIMEN untuk pilihanraya semula selepas menerima notis rasmi dari speaker dewan.

Tetapi kini SPR telah lupa atau buat-buat lupa akan bidang tugasnya apabila tidak mahu mengistiharkan kekosongan kerusi dun siputeh di Kedah. Lebih malang lagi, SPR telah tidak dapat menerima hakikat kerusi itu sudah dikosongkan apabila Mahkamah Tinggi sendiri memutuskan berlaku kekosongan di Dun tersebut.Sepatutnya SPR perlu menerima keputusan Mahkamah Tinggi tersebut kerana ia bukti yang kukuh bahawa speaker dewan Kedah telah menjalankan tugas dengan betul. Apa yang menjadikan rentetan sandiwara SPR yang telah menjadi SURUHANJAYA POLITIK BN ialah SPR sekali lagi menfailkan notis penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan pula.

Rakyat jelata bingung dengan tindakan SPR ini. Jika UMNO yang beriya-iya menfailkan notis penangguhan bolehlah kita terima dan tidaklah pelik sangat kerana ini isu dia, tetapi lain pula cerita kini apabila suruhanjaya yang menjalankan pilihanraya pula yang bersungguh-sungguh hendak melawan keputusan mahkamah. UMNO kedah sendiri lebih "cool" dari SPR dalam isu ini. Mereka dapat menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah tersebut walaupun kecewa.

Tindakan SPR ini secara terang telah melebelkannya sebagai satu entiti yang tidak bebas dari pengaruh mana-mana parti politik. Tidak ada kata yang lebih sesuai dikatakan kepada SPR iaitu SPR "bais" kepada BN atau SPR budak SURUHAN BN bukan lagi SURUHANjaya PILIHANRAYA. Lu fikirlah sendiri..

Saturday, November 14, 2009

Air- Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan


Mungkin itulah peribahasa yang akan diungkap oleh Karam Singh jika ditanya mengenai isu penjualan air kepada Singapura serendah 3sen/1000 gelen. Apa yang "hebat" para pemimpin negara yang diterajui oleh BN semenjak merdeka ialah Malaysia membeli balik 37 juta gelen air yang sudah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Begitulah "bijaksana" pemimpin kita sehingga dipermain sebegitu rupa. Bukankah air itu sumbernya dari Malaysia? Tetapi kenapa pula kita yang perlu bayar dengan harga yang tinggi? Mungkinkah kita banyak sign perjanjian tapi semua perjanjian itu ibarat "makan diri" ?
Persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perjanjian tersebut yang masih kekal sejak 1961 itu akan tamat pada tahun 2011. "Tahun 2011 tidak lama saja lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk melanjutkan perjanjian pertama itu atau tidak menyambungnya ataupun mahu berunding untuk perjanjian yang baru? Sementara itu, bagi perjanjian kedua yang akan tamat pada 2060, Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air sehari dengan harga sama. Jadi kita akan terus "menyara dengan subsidi" jiran kita yang kaya itu selama 50 tahun lagi. Subsidi kepada rakyat kita pula hari demi hari difikir oleh kerajaan untuk menghapuskan dengan alasan rakyat sudah lama "dimanjakan" atau rakyat bermentaliti subsidi sahaja!! Jangan pula selepas 2011, buat pula perjanjian ketiga untuk bekalkan air kepada Singgapura hingga kiamat!! Begitulah nasib rakyat negara ini, diomong-omongkan pemimpinan kita "pintar" dipentas antarabangsa tapi sebaliknya hanya tuhan yang tahu. Apa yang pasti..kita sebagai rakyat yang sokmo "terkena" dalam banyak hal. Mudah cerita kita just follow & bayar je lah. Andakah anda meletakkan diri dalam mind set ini selamanya atau membuat perubahan kepada pucuk pimpinan? Anda fikirlah sendiri.. ( Utusan, 14 Nov 2009 )

Wednesday, November 11, 2009

SPRM- Dera saksi lagi


TEMERLOH 11 Nov. — Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.

Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Jan. lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.


Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Jan. dan pada kira-kira 5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.

"Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam,” dakwanya.

Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof hari ini. - Bernama ( Utusan, TERKINI, 11 NOV 2009 )

Monday, November 9, 2009

V K Lingam- Kebenaran ditutup dalam terang


Lingam tak langgar undang-undang: Nazri ( Berita Harian segmen terkini 9 Nov 2009)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk VK Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.

Apabila ditanya komen oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyuarakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menutup kes itu, Mohamed Nazri berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan peribadi.

"Sekiranya Yang Berhormat mantan perdana menteri merasa dirinya dianiayai, disebut-sebut, saya percaya ada ruang lain di mana beliau boleh mengambil tindakan," katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan bahawa sesiapa yang bertindak menasihati atau memberikan pandangan kepada Perdana Menteri tentang pelantikan hakim, tidak boleh dikatakan melakukan suatu kesalahan melainkan jika tindakan itu adalah suatu konspirasi untuk memburukkan badan kehakiman, atau dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan balasan atau faedah.

"Mengenai hal ini tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakim-hakim kerana pada hakikatnya perdana menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali sendiri calon-calon hakim.

"Rundingan sebegini yang tidak membabitkan rasuah atau unsur-unsur lain yang disebutkan tadi bukanlah satu jenayah," katanya.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan lanjut terhadap individu utama yang dikaitkan dalam rakaman klip video itu dan mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.

Mengenai satu isu lain, beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji, meminda atau memansuhkan mana-mana peruntukan atau akta yang tidak lagi sesuai untuk dikuatkuasakan.

"Ia adalah usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara untuk memastikan keberkesanan sistem perundangan negara dan untuk memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat," katanya.

Beliau berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dan membabitkan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.

Mari kita bahas apa yang diucapkan oleh Nazri.

Dalam perenggan pertama adalah dengan jelas telah disebut bahawa "KERANA MELOBI PERLANTIKAN HAKIM". Ini bermakna beliau mengesahkan bahawa VK Lingam memang terlibat dan bersalah dalam hal ini. Amat malang bagi sistem perundangan negara apabila bukti yang cukup kukuh dengan pendedahan klip video yang begitu jelas dan disahkan ketulenan juga tidak dapat membantu kepada penyelesaian kes. Apakah hendak ditunggu si bersalah ini untuk buat sidang media live seluruh negara, baru boleh dikatakan dia bersalah? tolonglah jangan beri satu jawapan kebudak-budakan kerana anda menteri dengan alasan "mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk".

Jika penahanan ISA dilakukan, bukti pun belum cukup tapi dah kena cekup! tapi bila bukti dah cukup dan jelas yang bersuluh, tiada pula dicekup pesalah itu hatta akta hasutan pun tidak boleh disabitkan! Sungguh tidak dapat diterima akal.. Mungkin Nazri perlu guna alasan sebegini pula, Lingam semasa bercakap itu, baru lepas minum toddy.itu yang dia merapu. oklah tu..logik la skit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)juga tidak jumpa apa-apa kesalahan yang boleh dikaitkan dalam kes. Rasuah ini bukan sahaja beri-ambik duit tetapi melobi atau penyalahgunaan pengaruh/kedudukan juga adalah salah satu bentuk rasuah juga. SPRM yang dinaik taraf hanya pada nama sahaja, tetapi tindakan masih ditahap lama atau makin menurun! Lihat pula pada saksi ke 20,T. Sivanesan dalam inkues Beng Hock pada 9 Nov 2009 menafikan bahawa dia berbohong semata-mata untuk memalukan dan mencemarkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dibelasah (Utusan, terkini, 9 Nov 2009. Janji manis kerajaan untuk memerangi rasuah ibarat menanam tebu di bibir sahaja. Anda fikir dan buatlah kesimpulan dalam PRU 13 nanti.

Sunday, November 8, 2009

Kereta lama- Agenda populis damba publisiti murahan


Tarik balik peraturan untuk ringankan beban rakyat

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, “Kita lakukan itu semua adalah kerana mengambil kira kepentingan rakyat, khasnya golongan yang perlu diberi pembelaan”. ( Utusan Malaysia segmen Terkini 8 Nov 2009 )

Pada 28 Oktober lalu, kementerian itu mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. Inilah skrip teater yang perlu dipentaskan di Istana Budaya. Sungguh menarik jalan cerita ini!! Apa tidaknya, mereka yang cipta isu, selepas itu mereka juga yang memberi jalan keluar terhadap isu tersebut. P. Ramlee pun tabik!

Beginilah cara rakyat Malaysia di "gula-gulakan". sekali pandang, merekalah yang cekap membela rakyat. Tetapi ini semua tidak lain dari agenda menagih simpati rakyat terutama mereka-mereka di kampung yang hanya dapat maklumat dari TV kerajaan. Mungkin inilah yang BN laungkan " kita mesti menjuarai rakyat" walaupun tindakan itu hanyalah mencari publisiti murahan. Begitulah yang sering kali terjadi di negara ini, nampak sahaja pemberian baik, tetapi ada makna tersirat yang menguntungkan kerajaan. Antara contoh menarik ialah pemberian rebat untuk kenderaan tahun lepas. Seluruh rakyat "terkinja-kinja" gembira mendapat "duit free", tapi tahun ini pula, cukai jalan dan anssuran pula dinaikkan khususnya bagi kereta-kereta lama. contoh seterusnya, apabila PM bentang Bajet 2010 baru-baru ini, apabila diumumkan pelepasan cukai dari RM8 ribu kepada RM9 ribu. Maka interview oleh TV, semua orang beri pujian kerena kerajaan perihatin kepada masyarakat. Tetapi apabila kita fikir-fikir siapakah yang "untung" dalam hal ini, barulah kita sedar rupa-rupa big bos atau pihak jerung-jerung je yang untung. ikan-ikan bilis ini tak rasa apa-apepun sebenarnya.betul tak?

Sedarlah masyarakat sekalian, janganlah membiarkan diri di perbodoh begini. Janganlah terus "telan" umpan yang mengoda kerna didalamnya terdapat kail yang tajam berbisa. Fikir dan terus berfikir..

Monday, April 20, 2009

BN yang MEMBAZIR dalam PRK

Apabila ditanya wartawan kepada PM berkaitan PRK Penanti. Beliau dengan muka yang jelas terserlah ketiadaan "mood" menjawab, bahawa BN tidak menolak kemungkinan untuk tidak menyertai PRK Penanti ini atas alasan, PRK ini akan banyak membazirkan duit dan merugikan masa berharga rakyat. Rakyat yang matang tersenyum sinis mendengar alasan yang diberikan oleh PM ini. Apa tidaknya, bak kata perpatah melayu " ludah kelangit, jatuh ke muka sendiri juga ". Atau Najib takut kalah lagi kerana gelombang kebangkitan rakyat yang terus menolak BN, atau BN takut untuk masuk bertempur dalam kubu PR. Anda tanyarlah sendiri Dato' Najib ye..

Selepas 5 PRK bermula di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Air yang telah menyaksikan BN kalah teruk 4-1 kepada Pakatan Rakyat. Dalam siri-siri PRK ini, telah dibentangkan dalam kabinet bahawa PRK KT mencacatkan perbelanjaan kos yang cukup tinggi iaitu sebanyak RM15.153 juta untuk menempatkan 3,376 anggota polis . Perbelanjaan polis ini adalah yang tertingi berbanding yang lain-lain.

Kehadiran pihak polis begitu ramai sehingga terpaksa membina markaz tektikal atau lebih dikenali sebagai "martek" untuk penginapan polis yang serba lengkap termasuk penghawa dingin inilah yang meningkatkan kos perbelanjaan PRK. Kenapakah keadaan ini terjadi?
Adakah kerajaan yang diketuai BN beranggapan rakyat Malaysia ini jenis "gedebe" atau samseng!! sehingga memerlukan kekuatan pasukan polis sebesar itu? Rakyat hendak mengundi bukanya hendak merusuh atau bergaduh!! Semua ini tidak logik pada fikiran rakyat yang rasional.Agensi-agensi kerajaan yang lain juga seperti JKR dan lain-lain turut disibukkan oleh kerajaan BN dek kerana ingin melakukan pembanggunan "mee segera" di kawasan-kawasan dalam PRK tersebut.

Persoalan sekarang ialah, siapa yang sebenarnya yang membazirkan duit dan masa rakyat? Tentulah kerajaan yang memerintah negara yang dikuasai BN terlibat segala macam PEMBAZIRAN ini. Itu belum lagi dipandang dari sudut kos berkempen BN. Sogok menyogok, upah mengupah, tabur menabur duit,Semua serba lengkap disediakan, nak makan, pesan sahaja dengan katering, markaz-markaz dibina dan dihias cantik-cantik dan lain-lain. Duit siapa yang mereka gunakan itu jika bukan duit rakyat?

Ini berlainan dengan PR. Duit untuk kempen pun sama-sama bagi derma.markaz pun bina dari buluh-buluh atau kayu-kayu, makan pun biskut kering dangan teh "o" jer. Tiada pembaziran melampau!! inilah yang dilihat dan dihakimi rakyat semasa masuk ke dewan untuk memangkah undi.. Sama-samalah kita fikir-fikirkan...



Berikut adalah pecahan perpelanjaan polis dalam PRK KT:


* Alaun Perjalanan - RM2,700,000.00

* Makan dan Penginapan - RM4,500,000.00
* Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000.00

* Komunikasi dan Peralatan - RM50,000.00

* Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000.00

* Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000.00

* Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000.00

* Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000.00



Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000.00
{ Lima Belas JUTA dan Satu Ratus Lima Puluh Tiga RIBU Sahaja }
Sumber: Laporan BERNAMA
petikan dari : pemudaserawak.wordpress.com

Sunday, April 19, 2009

KPI- PKR mendahului BN

Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN tersebut.


Banyak isu telah ditimbulkan oleh perlbagai pihak terutama pihak partai pemerintah. Tetapi yang lebih penting disini ialah kita dapat memikirkan apakah yang tersirat dari isu yang berlaku di Penanti, Pulau Pinang ini.



1- Baru-baru ini, selepas Dato Seri Najib Razak ditabal sebagai PM. Beliau telah melaksanakan satu program yang akan menilai prestasi dan pencapaian setiap Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinetnya. KPI (Key Perfomance Index) atau Indek Penunjuk Prestasi telah menjadi pilihan dalam perlaksanaan sistem ini. Menurut beliau lagi menerusi KPI ini, prestasi "orang bawahan" pentadbirannya akan dinilai setiap 6bulan dan tindakan akan diambil jika prestasi mereka tidak mencapai tahap yang beliau kehendaki.


Apa yang terjadi di Penanti ini telah membuktikan Pakatan Rakyat khususnya PKR telah mendahului BN dalam perlaksanaan sistem KPI ini. Ini terbukti apabila mantan ADUN Bukit Selambau dan yang terkini, TKM1 penang ini telah meletak jawatan berikutan beliau tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas dan amanah pengundi mereka. Alasan bahawa beliau akan menumpukan kepada pembelajaran di luar negara bukanlah isu yang besar kerana itu adalah satu kepentingan peribadi. Yang menjadi keutamaan ialah amanah rakyat yang ditanggung.


Adalah lebih bermaruah dan dilihat lebih bertangungjawab apabila sudah tidak mampu melaksana amanah rakyat yang telah diberikan. Maka beliau kembalikan amanah tersebut kepada rakyat supaya rakyat memilih orang lain yang mampu memikul amanah tersebut. Ini berbeza dengan pendekatan popular UMNO dan BN terutama di Perak apabila sanggup menumbangkan kerajaan pakatan rakyat hanya semata-mata mendapat atau "membeli" 3 Adun yang sudah semua kita maklum itu. Mereka (BN) begitu bangga dengan kejayaan merampas kembali negeri Perak tetapi BN tidak langsung memikirkan berkenaan "maruah"diri atau parti kerana mendapat kuasa dari "hero" yang disifatkan "pembelot" dan "tiada harga diri dan maruah". Jika betul-betul Dato Najib ingin melaksanakan tranformasi dalam BN dan melaksanakan KPI. Maka sewajarnya, ketiga-tiga mereka ini di"buang" dari BN dan diberikan kuasa kepada rakyat semula. Dengan cara inilah sahaja, rakyat akan melihat BN merupakan sebuah parti yang bersih. JIka tidak, rakyat akan terus menerus melihat BN adalah satu parti yang kotor, tidak berintegriti dan TIDAK PUNYA MARUAH!!


Tuesday, April 14, 2009

Mungkin inikah sebab Shahidan tidak jadi MB


ADAKAH SEMUA INI YANG MENJADI PERTIMBANGAN DYMM RAJA PERLIS, KENAPA SHAHIDAN TIDAK DIPILIH BAGINDA MENJADI MENTERI BESAR

Dipetik dari laman blog:

http://detik.daily.tripod.com/jan02/11jan_5.htm


Kisah-Kisah Benar Shahidan Kassim
Oleh : Sorayanii (Petikan UMNO-REFORM)


Assalamu’alaikum……….Salam Reformasi dan Salam Sejahtera Sdra/Sdri sekelian selamat berjuang untuk keadilan dan hak rakyat dikembalikan ….DJ2@RMP –Suraya….. sekuntum bunga sakura ditengah gurun Sahara…….. ingin ku pohon maaf sekali lagi….
Kisah Kisah Benar Shahidan Kassim


Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana telah ditakdirkan berlakunya pilihanraya kecil Indera Kayangan untuk menentukan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Dato Seri Shahidan Kassim. Sebagai Pegawai Kerajaan yang telah berkhidmat di bawah kepimpinan 4 menteri besar iaitu bermula dari YAB Dato’ Jaafar Hassan, YAB Dato’ Ali Ahmad, Tan Sri Abdul Hamid Pawan Teh dan sekarang Dato’ Seri Shahidan Kassim, saya telah melalui dan merasai pengalaman tentang corak dan gaya kepimpinan kesemua menteri besar tersebut dan saya merasakan era Dato’ Seri Shahidan Kassim adalah yang paling buruk dan paling malang bagi keseluruhan rakyat M@rhaen negeri Perlis.


Dato Seri Shahidan bukan sahaja seorang pemimpin yang kaki betina tetapi juga seorang pemimpin yang cukup pakar menipu dan berbohong kepada rakyat M@rhaen serta menipu kepimpinan UMNO, khasnya kepimpinan tertinggi. Beliau juga terlalu kuat mengamalkan rasuah hinggakan pihak polis dan BPRpun berjaya dirasuah oleh beliau, khususnya di negeri Perlis.


Kesemua projek kelas A hingga kelas F di negeri Perlis diberikan kepada saudara mara serta kroni kroninya sahaja. Beliau akan meminta imbuhan berbentuk komisyen yang tinggi sehingga 30%.Walaupun banyak laporan telah dibuat kepada pihak pihak tertentu,namun tiada tindakakn yang telah diambil kerana kesemua mereka telah dirasuah oleh Dato’ Seri Shahidan.
Projek projek besar di negeri Perlis seperti Politeknik di Arau, Projek pembinaan jalanraya di bawah JKR, projek tambak laut, Institiut Latihan Perindustrian, Institiut Belia Negara di negeri Perlis adalah dibawah kawalan beliau. Sesiapa yang berminat terhadap kesemua projek terpaksa melalui tol dan jumlah tol ditentukan oleh beliau sendiri. Beliau juga telah menyusun syarikat tertentu yang mana beliau mempunyai kepentingan untuk mendapat mendapatkan projek Kolej Universiti Teknik diPerlis.Beliau akan mengenakan kadar komisyen yang tertinggi keatas syarikat syarikat swasta serta pelabur luar negara yang berminat untuk melabur di negeri Perlis. Disebabkan itulah kebanyakan pelabur takut untuk melabur di negeri Perlis hinggakan tidak satu kilang pun didirikan di negeri Perlis sepanjang Perlis berada dibawah kepimpinan beliau.


Sebagai seorang pegawai kerajaan, saya telah biasa ditemui oleh ahli perniagaan yang gagal mendapat projek walaupun ribuan malahan jutaan ringgit diberikan kepada Dato’ Seri Shahidan dan kroni kroninya. Antara projek yang boleh saya sebutkan ialah projek Bakau Jaya (ada misteri disebalik Bakau Jaya) dan projek Tambak Laut di Kuala Perlis.


KISAH BENAR 1:
Sebuah syarikat yang bernama Syarikat Roslan Hashim telah terpaksa membayar sejumlah komisyen sebanyak RM85,000.00 kepada anak saudara Dato’ Seri Shahidan iaitu Sabri Osman untuk projek kelas F. Ketika Roslan Hashim dan Dan Kelana (Orang kuat UMNO) sedang membawa wang tersebut untuk diberikan kepada Sabri Osman, mereka berdua telah dirompak. Apabila laporan polis dibuat, mereka berdua iaitu Roslan Hashim dan Dan Kelana pula ditangkap polis dan dimasukkan ke dalam lokap. Persoalannya mengapa mereka pula yang ditangkap dan polis serta BPR tidak pula menyoal siasat Sabri Osman walaupun laporan telah dibuat.


KISAH BENAR 2:
Dato Seri Shahidan juga telah menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk memberikan projek mengecat Stadium Utama Kangar bernilai RM 1 juta yang mempunyai kepentingan kepada anak saudaranya Sabri Osman, sedangkan beliau hanyalah kontraktor kelas F. Peruntukan projek tersebut sepatutnya daripada jabatan sukan tetapi diambil peruntukan Jabatan Kemajuan Negeri Perlis di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang sepatutnya wang tersebut digunakan untuk projek pembangunan kampong.


KISAH BENAR 3:
Isteri pertama Dato’ Seri Shahidan iaitu Datin Seri Samsiah juga mempunyai kepentingan dalam syarikat Seri Lot 10. Syarikat tersebut membekalkan barangan peralatan serta hadiah berbentuk hamper kepada pejabat Menteri Besar untuk majlis majlis kerajaan. Hasil daripada rasuah yang diperolehi, Datin Seri mampu membeli barangan kemas dan hiasan bernilai jutaan RM dan rakyat M@rhaen masih menderita. Beliau juga mempunyai 8 buah kereta termasuk sebuah kereta Perodua Kembara sebagai imbuhan kepada pemberian tanah stesen minyak BP. Mengapa BPR melepaskan kes ini dan tidak diambil tindakan walaupun laporan telah diterima??????????


KISAH BENAR 4:
Dato’ Seri Shahidan telah mengunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan jamuan dan kenduri dirumahnya hampir setiap malam bagi mendapatkan sokongan padu dari orang UMNO/BN. Puluhan ribu ringgit dihabiskan setiap bulan dan mencecah jutaan RM sepanjang beliau menjadi Menteri Besar. Beliau juga membuat tuntutan perjalanan berjumlah ratusan ribu ringgit semasa lawatannya keluar negara dengan alas an untuk mencari pelabur tetapi tidak ada satu pun pelaburan yang masuk ke Negeri Perlis. Banyak memorandum telah ditanda tangani tetapi itu hanyalah gimik semata mata, akhirnya wang rakyat M@rhaen yang dikebas oleh Dato’ Seri Shahidan
Menteri Besar dan para Exconya membuat tuntutan perjalanan yang melampaui batas walaupun mereka tahu mereka tidak berhak berbuat demikian kerana minyak kereta telah diberikan percuma, begitu juga dengan tiket kapal terbang. Dato’ Seri Shahidan pernah membuat tuntutan sehingga RM 50 ribu dan exconya pernah membuat tuntutan antara RM2 ribu hingga RM3 ribu sebulan. Tidak dapat dipastikan samada BPR telah menyiasat perkara ini.


KISAH BENAR 5:
Dato Seri Shahidan telah menggunakan secara maksimum segala kuasa dan kekayaan yang ada pada nya untuk memenuhi segala impian nya termasuklah memikat gadis gadis yang digemarinya. Beberapa nama artis boleh dikaitkan seperti Ifa Raziah yang selalu ditemuinya di Hotel Pan Pacific KL, Jasmin Hamid, Nasha Aziz dan ramai lagi. Seorang gadis yang pernah disimpannya pernah menangis didepan saya menceritakan masalah beliau yang diugut oleh Dato’ Seri Shahidan. Pada ketika itu gadis yang bernama Isma Hafiza Bt Ismail baru 16 tahun dan saya percaya ramai orang tahu cerita tersebut
Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyatakan nama saya kerana saya seorang kakitangan kerajaan yang masih bekerja. Saya dedahkan perkara ini atas dasar rasa keinsafan yang tinggi iaitu rakyat M@rhaen Perlis dan Perdana Menteri yang tumpang bodoh Hi…hi…hi…wowwww.


Jika MCA/BN menang beliau akan mengatakan rakyat M@rhaen Perlis masih menyokong beliau.Jika MCA/BN kalah diPRK Indera Kayangan beliau akan mengatakan orang UMNO sendiri yang telah membuat pakatan supaya beliau disabotaj seperti dalam kes surat layang yang beliau dedah kan padahal beliau sendiri yang merancang surat laying tersebut. Negeri Perlis telah berhutang sebanyak RM 45 juta dan pengundi pengundi DUN Indera Kayangan N 08 mesti bertindak sekarang untukmenyelamatkan negeri Perlis yang di cintai!!!!!!!!!!!!!
Sekian Wallahu’alam


Bawah Jam Besar
Disunting dan di kirim oleh:

Sorayanii UMNO PURBA@perlis.com

Indera Kayangan Kingdom Of Ben Kassim




Shahidan and The Gang MOHON DERHAKA!!




MOHON DERHAKA!! satu frasa kata yang diguna pakai golongan bangsawan tiba-tiba telah menjadi "popular" dan mainan bibir di kalangan sekalian rakyat jelata. Bermula dengan kes politik perak apabila bekas menteri besar perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dikatakan telah meminta "mohon derhaka" dari Sultan Perak. Cerita berkaitan "mohon derhaka" ini sudah banyak kita dengar itu- ini hingga sudah muak untuk di perbincangkan lagi. Namum sehari dua ini, tiba-tiba cerita ini makin panas di Utara Malaysia pula. Apa yang sudah berlaku disana?


Seperti semua sudah sedia maklum, perlis merupakan salah sebuah negeri yang kekal dimenangi oleh BN pada PRU ke 12 tahun lepas. Namun pergolakkan perlantikan menteri besar telah memerangkap bekas menteri besar dahulu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Menteri besar sekarang Dato' Seri Dr Md. Isa Sabu kepada "peperangan" menentukan status siapa yang lebih berhak menjadi MB Perlis. Ketua Bahagian UMNO Arau iaitu Dato' Seri Shahidan ini telah mendapat perkenan dari PM ( Tun Abdullah ) untuk meneruskan khidmat sebagai MB. Tetapi Pihak Istana Arau dibawah kuasa DYMM Raja Perlis telah menitahkan bahawa jawatan MB Perlis akan disandang oleh Ketua Bahagian UMNO Kangar iaitu Dato' Md Isa Sabu. Maka disinilah bermula krisis politik di Perlis khususnya dalam UMNO.


Telah menjadi tradisi dalam UMNO sejak zaman berzaman lagi, bahawa Jawatan Menteri Besar dan Jawatan Badan Pehubungan UMNO negeri akan dipegang oleh orang yang sama. Begitulah yang diamalkan oleh negeri-negeri lain dibawah pemerintahan UMNO hatta Negeri Terengganu yang terlibat dalam krisis yang sama juga telah mengikuti legasi ini apabila Dato Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dahulu memulangkan kuasa badan perhubungan UMNO ini kepada Dato Seri Mohd Said yang telah mendapat perkenanan sultan Terengganu menjadi MB Terengganu. Namum apa yang berlaku di Perlis tidak seperti di Terengganu, apabila Shahidan enggan melepaskan jawatan badan perhubungan negeri walaupun sudah lebih setahun hilang kuasa MB. Adakah Shahidan ini orang yang "babil" ?( orang yang angkuh- dalam bahasa perlis). Anda fikir sendirilah...


Bibit-bibit kepada "MOHON DERHAKA" Shahidan terhadap keputusan Raja Perlis berkaitan perlantikan Md. Isa Sabu makin ketara apabila dilaporkan oleh akhbar Utusan online bertarikh 14/april/09 dibawah tajuk Jika Muhyiddin sudi, saya undur’

“Tetapi saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Perlis (Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu) terhadap kenyataannya yang menyatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri lebih sesuai dipegang oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri masing-masing.
“Bagaimana pula kalau saya katakan, jawatan Menteri Besar itu lebih sesuai diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kerana perlu diingat pengisian jawatan Menteri Besar (Perlis) bukan atas persetujuan Presiden parti tetapi adalah atas tipu muslihat pihak tertentu,” ujarnya.


Lebih mencetus konflik "MOHON DERHAKA" kumpulan-kumpulan Shahidan terhadap keputusan Raja Perlis diatas perlantikan Md Isa Sabu sebagai MB seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com bertarikh 13 April 09 dibawah tajuk Md Isa 'produk haram' Umno, kata Hashim.

Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis, kata ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim,


Maka dapatlah difahami oleh sesiapa sahaja yang berfikiran matang dan terbuka bahawa Shahidan dan rakan konconya tidak berpuas hati terhadap keputusan DYMM Raja Perlis tentang perlantikan Md Isa Sabu sebagai menteri besar. Saya sebagai anak jati Perlis sendiri melihat bagaimana Istana Raja dan Rumah Raja di Bintong perlis dikawal oleh pihak polis selepas pengumuman oleh Raja Perlis bahawa Shahidan terpaksa melepaskan jawatan MB dahulu.


Jadi mengapa pula sampai istana di kawal ketat polis lengkap bersengjata jika tidak ada ura-ura akan berlaku penentangan terhadap raja!!. Adakah krisis di Perlis ini sama seperti krisis di Perak? Sudah pasti jawapannya. YA!! Oleh itu rakyat mestilah menyatakan tentangan terhadap golongan yang tidak mengiktiraf kuasa Raja melantik MB. Siapa yang lebih tinggi..keputusan PM atau Raja? Jika Idris Jusoh pun tidak timbul isu enggan serah kuasa badan perhubungan UMNO kepada Mohd Said. Mengapa Shahidan tidak boleh. Idris pun UMNO, Shahidan pun UMNO. jadi apa masalahnya????


DAULAT TUANKU RAJA PERLIS!!!


Friday, April 10, 2009

Betulkah "KABINET RAKYAT" ? Suatu analisis..


Senarai lengkap kabinet 2009



Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak


Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi

Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam


Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong

Datuk Dr Mashitah Ibrahim

Datuk SK Devamany

Ahmad Maslan

T Murugiah


Menteri kewangan I

Datuk Seri Najib Razak


Menteri kewangan II

Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)

Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)


Menteri pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)

Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)


Menteri pengangkutan

Datuk Ong Tee Keat
Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)

Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)


Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi

Tan Sri Bernard Dompok

Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)


Menteri dalam negeri

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)

Jelaing Mersat (timbalan)


Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)

Senator Heng Seai Kie (timbalan)


Menteri tenaga, teknologi hijau dan air

Datuk Peter Chin Fah Kui

Noriah Kasnon (timbalan)


Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)

Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)


Menteri pengajian tinggi

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)

Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)


Menteri perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)


Menteri sains, teknologi dan inovasi

Datuk Dr Maximus Ongkili

Fadillah Yusof (timbalan)


Menteri sumber asli dan alam sekitar

Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)


Menteri pelancongan

Datuk Ng Yen Yen

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)


Menteri pertanian dan industri asas industri

Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)

Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)


Menteri pertahanan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)


Menteri kerja raya

Datuk Shaziman Abu Mansor

Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)


Menteri kesihatan

Datuk Liow Tiong Lai

Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)


Menteri belia dan sukan

Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)

Wee Jeck Seng (timbalan)


Menteri sumber manusia

Datuk Dr S Subramaniam

Datuk Maznah Mazlan (timbalan)


Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna

Datuk Ismail Sabri Yaakob

Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)


Menteri perumahan dan kerajaan tempatan

Datuk Kong Cho Ha

Datuk Lajim Ukin (timbalan)


Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Sharizat Jalil

Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)


Menteri luar

Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)

Datuk Lee Chee Leong (timbalan)


Menteri wilayah persekutuan

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Datuk M Saravanan (timbalan)



9 April 2009 Kabinet mendahulukan rakyat
Perdana Menteri telah mengumumkan barisan Jemaah Menteri yang baru yang disifatkan beliau sebagai "KABINET RAKYAT". Tetapi itu hanyalah ucapan pemanis mulut beliau sahaja kerana rakyat tidak nampak begitu. Sebaliknya rakyat nampak dari susunan kabinet baru ini lebih kepada survival politik beliau dan Perdana menteri juga disifatkan oleh rakyat jelata sebagai melantik kabinet secara "paksa rela" dek kerana "kawan-kawan" yang menuntut jawatan-jawatan penting ini. Adakah ini boleh dikatakan beliau sebagai barisan kabinet yang Mendahului rakyat??
Banyak kontroversi dapat dilihat dari perlantikan ini antaranya ialah
1-Timbalan Perdana Menteri diberi jawatan menteri yang disifatkan bukan "teras" dalam pemerintahan kerana hanya memperoleh menteri pelajaran. Sebaliknya post-post core seperti Menteri Dalam Negeri diberikan kepada Hishamuddin. Siapa Hishamuddin? Beliau adalah sepupu kepada PM. Menteri Pertahanan pula diberikan kepada Zaid Hamidi. Siapa Zaid? Beliau adalah Bekas SU Politik kepada PM. Jadi persoalan sekarang ialah adakah PM tidak begitu yakin kepada Timbalan beliau dan lebih yakin kepada orang lain dalam memegang kerusi-kerusi penting ini? Adakah Najib sudah dapat membaca bahawa Timbalan beliau akan mencabarnya atau mampu memanaskan punggung beliau satu hari nanti?
2-Sehari dua sebelum penguman kabinet ini dibentangkan, ramai pimpinan parti-parti komponen BN kuar-masuk berjumpa PM. Apakah sebabnya?? adakah itu adalah satu "ugutan" kepada PM dalam menyusun barisan kabinet sehingga MCA mengadakan mesyurat tergempar untuk membincangkan isu ini. Taib Mahmood pula apabila ditanya wartawan selepas keluar berjumpa PM, Beliau mengatakan "mungkin ada kejutan (bornoe)". Samy vellu pula berkata, keputusan diserahkan kepada kebijaksanaan PM. Semua ini terjawab apabila Najib membentangkan kabinetnya menunjukkan bahawa Hipotesis yang mengatakan Najib terpaksa akur dengan tuntutan mereka ini 90% tepat!! Apatidaknya, Wakil bangsa Cina telah meningkat menjadi 5 menteri penuh dan 9 timb menteri berbanding dahulu 4 menteri penuh dan 6 timb menteri. Bagi wakil bangsa India pula kekal seperti dahulu dengan seorang menteri penuh dan 3 timb menteri. Manakala kejutan betul-betul terjadi di Bornoe apabila mendapat 5 menteri penuh dan 8 timb menteri. Adakah ini berlaku secara kebetulan? atau ......
3- Suara ahli dan perwakilan UMNO juga dinafikan dalam perlantikan kabinet ini apabila Sdr KJ tidak terpilih menjadi menteri atau timbalan menteri seperti 2 sayap yang lain iaitu Puteri dan Wanita yang ke2-2 ketuanya mendapat tempat dalam kabinet kali ini, tetapi sebaliknya telah berlaku, apabila si kalah iaitu Mukriz Mahatzir pula mendapat jawatan timbalan menteri. Adakah ini membuktikan suara ahli dan perwakilan UMNO telah dikesampingkan? sekaligus memusnahkan legasi atau tradisi sebelum ini dimana ketua pemuda UMNO akan menjadi menteri dalam kabinet. Apabila Mukriz pula yang naik menjadi tembilan menteri, desas desus keterlibatan bapa beliau dalam percaturan kabinet ini menjadi makin kencang. Adakah andaian ini betul? anda perlu fikir-fikirkan..
4-Slogan Kabinet mendahului rakyat adalah retorik semata-mata apabila yang kalah dalam PilihanRaya dimana rakyat yang menentukan status mereka ini telah dicabuli apabila mereka yang telah ditolak rakyat ini dilantik menjadi anggota kabinet. Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat). Dato' Seri Dr Rais Yatim yang kalah dalam Pemilihan UMNO juga dilantik menjadi menteri juga. Jadi apakah yang boleh dikatakan kepada kabinet ini? siapakah "rakyat" yang disebut PM untuk didahului? dan tak adakah wakil BN yang lain dari seramai-ramai itu dalam parlimen yang berkebolehan dan berwibawa? anda fikirlah..

Wednesday, April 8, 2009

Analisis- Antara 2 Bukit & 1 Batang




7 April 09,

Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Air.



Sepertimana yang semua sedia maklum akan keputusan 3 PRK yang berjalan serentak ini telah memihak kepada Pakatan Rakyat menewaskan BN, 2-1. Pelbagai analisis telah dibuat baik yang berpihak kepada PR mahupun BN. Namum hakikatnya, apa yang terjadi semalam adalah satu menifestasi rakyat yang harus dihormati. Jika kita melihat kepada majoriti ketiga-tiga calon yang menenangi PRK ini, menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding majoriti dalam PRU ke-12 dahulu. Perkara ini dapat disimpulkan bahawa kesan kempen berdasarkan isu-isu semasa yang hangat diperdebatkan kini amat memberi kesan mendalam dan menjadi faktor mendorong pengundi mengundi parti yang dianggap betul dalam isu-isu terbabit.


Faktor isu-isu semasa ini seperti krisis di Perak dll, bukan sahaja dikatakan "bias" kepada pihak pembangkang tetapi ia juga sebenarnya "point" terbaik dan hujah yang konkrit buat parti pemerintah dalam mendepani isu untuk dikemukakan kepada rakyat. Tetapi yang membezakan antara 2 "block" besar ini adalah, sejauhmanakah parti-parti tersebut berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa merekalah yang betul dalam isu terbabit. Dalam kontek ini, PR telah berjaya menyakinkan rakyat jelata terutama di Semenanjung berbanding BN. Inilah yang menyebabkan pertambahan majoriti kemenangan kepada PR di 2 Bukit tersebut.


Selepas pengumuman kekelahan BN di tangan PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dato Seri Mohd Nizar menyatakan itulah salah satu petunjuk yang jelas bahawa rakyat mahukan politik yang telus dan satu bentuk referandum rakyat kepada kepimpinan baru negara yang diterajui Dato Seri Najib. Manakala di pihak BN pula menafikan itu adalah referandum rakyat kerana hanya berlaku di 2 Bukit itu sahaja, bukan dari seluruh rakyat di negara ini. Jika benar-benar kepimpinan baru negara yang diterajui Dato Seri Najib benar-benar telus dan berani berhadapan rakyat mengenai refarandum ini kepada kepimpinannya, maka beliau perlu MEMBUBARKAN PARLIMEN dan menyerahkan kembali kepada kuasa seluruh rakyat Malaysia menentukan adakah referandum atau pungutan suara ini adalah betul ataupun sebaliknya seperti yang didakwa oleh pembangkang.


Kemenangan BN di Batang Air di Serawak dengan pertambahan majoriti sebanyak 1048 undi berbanding PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu, bukanlah kayu pengukur yang begitu kuat yang boleh dibangga-banggakan sangat kerana dengan jumlah pengundi yang lebih kurang 8ribu orang di tambah pula mereka berada di kawasan pendalaman Serawak agak mudah untuk "dibela" oleh pihak yang berkuasa. Walaupun begitu, calon PR juga mampu meraih undi yang sangat memuaskan. Sepatutnya, BN perlu mendapatkan majoriti yang lebih besar kerana semua jentera BN dikerahkan ke kawasan ini. Ini membuktikan pakatan rakyat mampu mempengaruhi sebahagian besar pengundi dan ini memberi maksud yang jelas bahawa kempen PR berjaya di sana. Inilah yang dikatakan KEMENANGAN dalam KEKALAHAN.



Data Jumlah Undi dan Majoriti


Dun Bukit Selambau

Calon PKR S Manikumar 12,632 undi dengan 2,403 majoriti
Calon BN Datuk S Ganesan 10,229
13 Calon bebas 1,326


Parlimen Bukit Gantang

Calon PAS Datuk Seri Mohamad 21,860 undi dengan 2,789 majoriti
Nizar Jamaluddin
Calon BN Ismail Saffian 19,071
Calon bebas 62

Monday, April 6, 2009

Siapa HINA Islam dahulu


Barisan Bertindak Perpaduan Malayu (BBPM) telah membuat laporan polis berkaitan kontroversi Nga Kor Ming yang membaca ayat al-quran dalam ceramahnya di Ibu Pejabat Polis Taiping pada 5 April lepas.

Dalam lapuran tersebut, BBPM mendakwa Nga Kor Ming salah memberi salam dan salah membaca al-quran. Hal ini dakwa mereka akan menyebabkan umat islam di negara ini rasa dipersenda-sendakan.

Apa yang BBPM katakan tentang isu ini adalah betul dan umat islam akan terkesan kerana apabila ayat suci al-quran seperti dimain-mainkan oleh orang bukan islam atas mana-mana agenda termasuk politik. Tetapi umat islam harus sedar kenapa semua ini bermula.

Umat ISLAM akan dihina apabila mereka sendiri yang beragama islam tidak membaca, menghayati ertinya, dan melaksanakan perintah yang termaktub dalam Al-Quran itu sendiri. Apabila orang islam sendiri tidak mahu baca, maka orang bukan islam pula akan membacanya. Bila Nga Kor Ming pelat menyebut surah al-a'raf kepada surah al-arror, kita melenting hebat!!

Tetapi kenapa kita tidak melenting atau buat laporan polis terhadap mereka-mereka yang mengaku beragama islam yang secara jelas mempersenda-sendakan Al-Quran dan hukum-hakam dalam kitab suci ini?? Sebagai contoh yang termudah, kenapa BBPM tidak buat laporan polis terhadap isteri PM sendiri yang tidak memakai tudung kepala seperti mana yang terang disebutkan dalam al-quran??

Adakah BBPM hanya menggunakan al-quran sebagai modal politik sahaja?? Yang mana dari al-quran boleh berpihak kepada ideologi politik mereka, mereka akan terima pakai. Yang mana kena pada "batang hidung" sendiri, mereka tolak mentah-mentah atau buat-buat bodoh saja atau memang mereka ini BODOH!!

Sekarang ini siapa yang HINA islam lebih dahulu?? Nga Kor Ming atau UMNO.. anda fikir-fikirkan lah...

KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM YANG SEBENAR MENURUT AL-QURAN & SUNNAH BAGINDA S.A.W NESCAYA KAMU AKAN BERJAYA DI DUNIA & AKHIRAT.

Tun Mahathir, ISA dan Akhbar


Sehari selepas Dato' Seri Najib menjadi memanda Perdana Menteri yang ke-6. Satu kejutan besar seperti terancang telah berlaku, apabila mantan PM ke-4 telah kembali ke pangkuan UMNO dan BN bersama isteri dan anak lelakinya.


Apakah yang terlintas di fikiran anda ketika ini??

1- Adakah ini membuktikan Mahathir tidak "sebulu" dengan Abdullah? Mungkin kerana Abdullah lebih "clean". Maka susah untuk beliau "cari makan"? Sebab itu beliau keluar parti dan menjadi "pembangkang tetap" kepada pentadbiran Pak Lah.


2- Adakah Najib ini berada "dibawah tapak kaki" beliau. Yang akan memberi sumber "pendapatan" di kemudian hari atau


3-Tun Mahathir mempunyai agenda tersendiri, apabila mukhriz tidak menjadi "orang penting" dalam UMNO dek kerana kekalahan jawatan Ketua Pemuda lalu??


Apapun spekulasi yang dapat dibuat berhubung kembalinya Tun M kepada UMNO..

Beliau sudah pasti ada "plan" tersendiri, kerana Tun M bukanlah calang-calang orang. Beliau memiliki kepakaran membaca dan meramal politik Malaysia akan datang.



Isu pembebasan 13 tahanan ISA hangat diperkatakan.

Dato Najib berulang-ulang kalinya berkata, Jika ucapan sulongnya dan barisan kabinet yang akan dibentuk dapat diterima rakyat, ini bermaksud, rakyat akan mudah menerimanya selepas dari itu.


Ucapan ini mempunyai pelbagai maksud tersirat yang harus difahami oleh rakyat jelata. Tetapi yang pentingnya, Najib akan melakukan sesuatu yang dianggap oleh rakyat bahawa beliau adalah seorang "hero" yang akan membawa sinar perubahan baru dalam pentadbiran negara.

Antara yang mengejutkan rakyat bahawa "hero" ini sudah mula bersilat ialah dengan pembebasan tahanan ISA dan pembatalan perintah pengantungan 2 akhbar milik pihak pembangkang dalam ucapan sulong beliau selama 8minit yang dipancarkan menerusi semua TV secara serentak.


Apabila tahanan ISA ini dibebaskan, beliau mengharapkan rakyat berterima kasih kepada beliau kerana mampu membuat perubahan yang tidak mampu dibuat oleh era Pak Lah. Dato Najib juga inginkan rakyat bersama beliau terutamanya di Kedah, Perak dan Serawak yang akan berpilihanraya kerana 3PRK ini merupakan satu batch mark dalam pemerimaan rakyat terhadap beliau. PRK ini juga akan menentukan "maruah" dan survival beliau, bahawa PRK ini bukanlah satu Referamdum atau pengutan suara rakyat terhadap kepimpinannya nanti.


Isu pergantungan 2 lidah rasmi parti PAS dan keAdilan pada 23.3.09 juga mungkin ada agenda tersendiri. Masakan tidak, tempoh pergantungan ini tidak lebih 2minggu sahaja!!

Isu ini boleh difikir dan di analisis bahawa era pemerintahan Pak Lah..suara rakyat menerusi 2akhbar ini telah disekat. Maka apabila datang era pemerintahan Najib, beliau berjaya "membebas" Harakah dan Suara KeAdilan sekaligus dilihat sebagai pemimpin yang tidak menyekat suara rakyat. Strategi ini diharap agar pengikut2 PAS dan KeAdilan yang fikrahnya "samar2" kembali kepada UMNO dan BN. Isu ini secara tidak langsung memburukan imej Tun Abdullah, begitulah dalam suasana politik UMNO. Apabila ada kuasa, semua orang sanjung, bila tidak berkuasa..maka disepak terajanglah janji kita boleh sampai ke atas..


bak kata Nabil..

LU FIKIRLAH SENDIRIIII.......



Friday, April 3, 2009

TAHNIAH!! PM KE6



Jumaat, 3 April 2009, jam 10.10minit pagi,

Satu lagi sejarah terakam dalam negara apabila Malaysia menyaksikan pertabalan agong perdana menteri yang ke-6. Datuk Seri Najib Razak secara rasminya menerima tugas dari Tun Abdullah Badawi sebagai nakhoda baru kepimpinan malaysia.

Dalam kegembiraan menyambut Perdana Menteri yang baru ini, masyarakat masih ragu-ragu dengan tahap "kebersihan" beliau. Jika di imbas kembali semasa perlantikkan Tun Abdullah sebagai perdana menteri dahulu. Beliau disebut-sebut sebagai "Mr Clean" oleh masyarakat hatta pihak pembangkang jua. Tetapi berlainan pula yang terjadi kepada perdana menteri ke-6 ini, beliau terpalit dengan pelbagai kes yang berprofail tinggi yang popular iaitu kes pembunuhan kejam gadis Mongolia dan komisen pembelian kapal selam Scorpene.

Hingga kehari ini, beliau belum dibersihkan dari segala skandal yang membelenggu. Jika ini berterusan tanpa ada penghujung, Rakyat akan hilang kepercayaan kepada kerajaan kerana "kepala kerajaan" sendiri pun bermasalah. Apa yang ditakuti ialah, jika yang diatas pun "pencuri" dan "pembunuh", yang dibawah juga akan jadi begitu juga. Bak kata pepatah melayu, Bapak Borek, Anak Rintik".

Mungkinkah Datuk Seri Najib yang sedang bergelumang dengan skandal-skandal ini boleh digelar sebagai "Mr Scandel"!!!

Anda fikir-fikirkanlah supaya anda tidak terjebak dengan mereka-mereka yang bermasalah ini.

Thursday, April 2, 2009

Kenapa menyepi hulubalang UMNO




"Jika hendak menilai negara pada masa hadapan, maka nilailah dahulu pemuda dan pemudi sekarang"


Ini adalah antara madah yang biasa kita dengar sehari-hari. kenapakah madah ini sering diungkap oleh para cerdik pandai hingga pemimpin-peminpin agung dunia? jawapannya sudah tentulah, golongan muda ini adalah yang bakal mewarisi corak kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negara. jika mereka baik, maka baiklah senario masa hadapan tetapi jika mereka rosak, natijahnya adalah sebaliknya.


Di Malaysia juga Pemuda menjadi "hero" terkehadapan dalam arena politik semasa. Presiden UMNO yang baru telah mengelarkan mereka sebagai "hulubalang" perjuangan. Tetapi sebaliknya telah berlaku dalam langskap politik UMNO sekarang, apabila ketua pemuda UMNO yang baru iaitu Sdr Khairi Jamaluddin yang menang dalam pemilihan UMNO lalu bagaikan terus "hibernasi" hingga ke saat ini. Semua sedia maklum akan karekter KJ. Beliau seorang yang cukup lantang dan cergas dalam arena politik negara. Tetapi apabila beliau tidak langsung turun ke 3kawasan PRK yang sedang panas ini, menimbulkan satu kemusykilan di kotak fikiran kita.


Beliau sekarang tersekat dek kerana pelbagai kontroversi berkaitan rasuah dalam pemilihan UMNO dilihat hanya "menang sorak, maruah tergadai" oleh masyarakat umum. Adakah pemuda UMNO diambang kehancuran kini apabila berlaku keretakkan dalaman sayap pemuda tersebut? Masyarakat pula memandang KJ tidak "bersih" dan tidak layak untuk memimpin. kemungkinan itulah sebabnya ketua pemuda UMNO ini tidak turun padang berkempen kerana kebencian masyarakat akan mengatasi sokongan yang bakal diraih. UMNO perlu bertindak melakukan sesuatu supaya sayap pemuda tidak menjadi "biawak hidup" dan satu liabiliti yang besar kepada UMNO keseluruhan. Masyarakat kini terutama golongan muda telah berfikiran luas dan akan hanya memberi sokongan kepada mereka-mereka yang benar-benar telus dan bersih dari segala tuduhan dan kontroversi.

Wednesday, April 1, 2009

Antara Glamour @ Aspirasi



1 April 09,
Kehadiran 15calon untuk PRK Bukit Selambau telah mencoretkan satu lakaran sejarah baru PR di Malaysia. Ini sekaligus mencerminkan demokrasi masih wujud di negara ini.
Namun begitu, adakah ruang demokrasi yang terbuka ini dijadikan medan untuk meraih Populariti murahan atau mereka betul-betul mempunyai Visi & Misi yang jelas untuk membantu rakyat setempat?? Setiap rakyat berhak bertanding dalam mana-mana PR kerana syarat untuk bertanding bukan wajib atas tiket Parti tetapi atas individu tersebut sahaja.
Cerita calon bebas yang tiba-tiba "meletup" bermula di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke12 lalu, apabila Tok Mun, seorang penjual kain batik bertanding atas tiket bebas menggunakan logo Kunci bagi Identiti beliau. Beliau terus menjadi glamour setanding mawi hingga hampir semua lapisan masyarakat menyebut-nyebut namanya.
Namun adakah beliau dan 13 calon bebas di bukit selambau benar-benar bertanding atas dasar perjuangan nasib rakyat atau hanya sebagai "joker" dalam PR??
Dari sudut politik , kehadiran calon bebas dikatakan terjadi apabila berlaku ketidak puasan hati terhadap parti yang mewakili mereka sebelum ini. Adakah tanggapan ini benar?? Apapun tanggapan masyarakat terhadap calon bebas, ada juga contoh yang baik seperti Dato' Ibrahim Ali yang mewakili Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas. Beliau secara lantang mengkritik pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam perbahasan-perbahasan di parlimen. Sekaligus memberikan kesan "check and balance" yang baik dalam pemerintahan negara.
Jika difikir dari sudut pro & con ini, wajarkah SPR mengenakan satu "parameter" untuk membolehkan seseorang calon bebas itu bertanding?? Jika tidak, amalan PR di malaysia hanya diketawakan oleh masyarakat dalam dan luar negara kerana menjelang PR, akan muncullah "labu labi" yang mencari glamour berbanding calon yang benar-benar bertanding atas kepentingan rakyat..

Thursday, March 26, 2009

Nasib UMNO kini


25 march 2008.

Telah berlansung pemilihan bagi ketiga-3 sayap UMNO. yang menyaksikan ke3-3 sayap UMNO ini menerima ketua yang baru. Namun begitu, satu persoalan yang bermain dikotak fikiran kita, adakah benar2 ketua-ketua yang terpilih ini, merupakan "saf" yang diminta oleh Najib semasa ucapan perasmian tempoh hari???


Cuba kita imbas kembali, Najib telah berkata.. "Berikan saya satu saf kepimpinan yang berintegrasi...." . Apabila KJ menang sebagai ketua pemuda. tiba-tiba teringat kepada pengumunan lembaga disiplin UMNO,apa katanya!!


KJ didapati BERSALAH dalam politik wang dan diberikan status amaran.

waluapun amaran, pada rakyat jelata. Imej KJ telah tercalar dek kerana masalah rasuah ini. Apabila beliau menang semalam, ini secara JELAS bahawa perwakilan UMNO masih MEMERLUKAN seorang PERASUAH untuk meminpin parti!!!


Ini akan mengundang rasa mual dikalangan rakyat terhadap UMNO kerana..

CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Ini amat berbahya kepada survival UMNO untuk terus berkuasa kerana jika takut untuk berubah..UMNO akan DIUBAH!!!


Langkah Sembah


Assalamulaikum & salam sejahtera kepada seluruh rakyat Malaysia..


"anda fikir sendiri" merupakan sebuah blog yang memuatkan persoalan-persoalan berkaitan politik dan kemasyarakatan di Malaysia yang perlu difikirkan secara MATANG & RIALISTIK oleh semua rakyat yang inginkan kebebasan berfikir dan bertindak supaya minda kita akan terbuka untuk menafsir serta menilai setiap persoalan yang timbul.


Blog ini akan cuba mengetengahkan persoalan-persoalan dari aspek TERSIRAT dan bukan hanya yang TERSURAT sahaja. Moga-moga ruang lingkup persoalan dapat di perhalusi dengan tepat. "anda fikir sendiri" bukan proksi politik kepada mana-mana pihak sebaliknya lebih kepada pemikiran kreatif dan rasional dari saya kerana ini adalah salah satu cabang dari cabang-cabang "seni" di dunia ini..


Inilah yang dikatakan,

POLITIK...SENI SEGALA KEMUNGKINAN.



Sekian,

"anda fikir sendiri"