Wednesday, April 8, 2009

Analisis- Antara 2 Bukit & 1 Batang




7 April 09,

Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Air.



Sepertimana yang semua sedia maklum akan keputusan 3 PRK yang berjalan serentak ini telah memihak kepada Pakatan Rakyat menewaskan BN, 2-1. Pelbagai analisis telah dibuat baik yang berpihak kepada PR mahupun BN. Namum hakikatnya, apa yang terjadi semalam adalah satu menifestasi rakyat yang harus dihormati. Jika kita melihat kepada majoriti ketiga-tiga calon yang menenangi PRK ini, menunjukkan peningkatan yang drastik berbanding majoriti dalam PRU ke-12 dahulu. Perkara ini dapat disimpulkan bahawa kesan kempen berdasarkan isu-isu semasa yang hangat diperdebatkan kini amat memberi kesan mendalam dan menjadi faktor mendorong pengundi mengundi parti yang dianggap betul dalam isu-isu terbabit.


Faktor isu-isu semasa ini seperti krisis di Perak dll, bukan sahaja dikatakan "bias" kepada pihak pembangkang tetapi ia juga sebenarnya "point" terbaik dan hujah yang konkrit buat parti pemerintah dalam mendepani isu untuk dikemukakan kepada rakyat. Tetapi yang membezakan antara 2 "block" besar ini adalah, sejauhmanakah parti-parti tersebut berjaya memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa merekalah yang betul dalam isu terbabit. Dalam kontek ini, PR telah berjaya menyakinkan rakyat jelata terutama di Semenanjung berbanding BN. Inilah yang menyebabkan pertambahan majoriti kemenangan kepada PR di 2 Bukit tersebut.


Selepas pengumuman kekelahan BN di tangan PR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Dato Seri Mohd Nizar menyatakan itulah salah satu petunjuk yang jelas bahawa rakyat mahukan politik yang telus dan satu bentuk referandum rakyat kepada kepimpinan baru negara yang diterajui Dato Seri Najib. Manakala di pihak BN pula menafikan itu adalah referandum rakyat kerana hanya berlaku di 2 Bukit itu sahaja, bukan dari seluruh rakyat di negara ini. Jika benar-benar kepimpinan baru negara yang diterajui Dato Seri Najib benar-benar telus dan berani berhadapan rakyat mengenai refarandum ini kepada kepimpinannya, maka beliau perlu MEMBUBARKAN PARLIMEN dan menyerahkan kembali kepada kuasa seluruh rakyat Malaysia menentukan adakah referandum atau pungutan suara ini adalah betul ataupun sebaliknya seperti yang didakwa oleh pembangkang.


Kemenangan BN di Batang Air di Serawak dengan pertambahan majoriti sebanyak 1048 undi berbanding PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu, bukanlah kayu pengukur yang begitu kuat yang boleh dibangga-banggakan sangat kerana dengan jumlah pengundi yang lebih kurang 8ribu orang di tambah pula mereka berada di kawasan pendalaman Serawak agak mudah untuk "dibela" oleh pihak yang berkuasa. Walaupun begitu, calon PR juga mampu meraih undi yang sangat memuaskan. Sepatutnya, BN perlu mendapatkan majoriti yang lebih besar kerana semua jentera BN dikerahkan ke kawasan ini. Ini membuktikan pakatan rakyat mampu mempengaruhi sebahagian besar pengundi dan ini memberi maksud yang jelas bahawa kempen PR berjaya di sana. Inilah yang dikatakan KEMENANGAN dalam KEKALAHAN.



Data Jumlah Undi dan Majoriti


Dun Bukit Selambau

Calon PKR S Manikumar 12,632 undi dengan 2,403 majoriti
Calon BN Datuk S Ganesan 10,229
13 Calon bebas 1,326


Parlimen Bukit Gantang

Calon PAS Datuk Seri Mohamad 21,860 undi dengan 2,789 majoriti
Nizar Jamaluddin
Calon BN Ismail Saffian 19,071
Calon bebas 62

0 comments: