
1 April 09,
Kehadiran 15calon untuk PRK Bukit Selambau telah mencoretkan satu lakaran sejarah baru PR di Malaysia. Ini sekaligus mencerminkan demokrasi masih wujud di negara ini.
Namun begitu, adakah ruang demokrasi yang terbuka ini dijadikan medan untuk meraih Populariti murahan atau mereka betul-betul mempunyai Visi & Misi yang jelas untuk membantu rakyat setempat?? Setiap rakyat berhak bertanding dalam mana-mana PR kerana syarat untuk bertanding bukan wajib atas tiket Parti tetapi atas individu tersebut sahaja.
Cerita calon bebas yang tiba-tiba "meletup" bermula di Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke12 lalu, apabila Tok Mun, seorang penjual kain batik bertanding atas tiket bebas menggunakan logo Kunci bagi Identiti beliau. Beliau terus menjadi glamour setanding mawi hingga hampir semua lapisan masyarakat menyebut-nyebut namanya.
Namun adakah beliau dan 13 calon bebas di bukit selambau benar-benar bertanding atas dasar perjuangan nasib rakyat atau hanya sebagai "joker" dalam PR??
Dari sudut politik , kehadiran calon bebas dikatakan terjadi apabila berlaku ketidak puasan hati terhadap parti yang mewakili mereka sebelum ini. Adakah tanggapan ini benar?? Apapun tanggapan masyarakat terhadap calon bebas, ada juga contoh yang baik seperti Dato' Ibrahim Ali yang mewakili Parlimen Pasir Mas atas tiket bebas. Beliau secara lantang mengkritik pihak kerajaan mahupun pembangkang dalam perbahasan-perbahasan di parlimen. Sekaligus memberikan kesan "check and balance" yang baik dalam pemerintahan negara.
Jika difikir dari sudut pro & con ini, wajarkah SPR mengenakan satu "parameter" untuk membolehkan seseorang calon bebas itu bertanding?? Jika tidak, amalan PR di malaysia hanya diketawakan oleh masyarakat dalam dan luar negara kerana menjelang PR, akan muncullah "labu labi" yang mencari glamour berbanding calon yang benar-benar bertanding atas kepentingan rakyat..
No comments:
Post a Comment