Apabila ditanya wartawan kepada PM berkaitan PRK Penanti. Beliau dengan muka yang jelas terserlah ketiadaan "mood" menjawab, bahawa BN tidak menolak kemungkinan untuk tidak menyertai PRK Penanti ini atas alasan, PRK ini akan banyak membazirkan duit dan merugikan masa berharga rakyat. Rakyat yang matang tersenyum sinis mendengar alasan yang diberikan oleh PM ini. Apa tidaknya, bak kata perpatah melayu " ludah kelangit, jatuh ke muka sendiri juga ". Atau Najib takut kalah lagi kerana gelombang kebangkitan rakyat yang terus menolak BN, atau BN takut untuk masuk bertempur dalam kubu PR. Anda tanyarlah sendiri Dato' Najib ye..Selepas 5 PRK bermula di Parlimen Permatang Pauh, Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dun Bukit Selambau dan Dun Batang Air yang telah menyaksikan BN kalah teruk 4-1 kepada Pakatan Rakyat. Dalam siri-siri PRK ini, telah dibentangkan dalam kabinet bahawa PRK KT mencacatkan perbelanjaan kos yang cukup tinggi iaitu sebanyak RM15.153 juta untuk menempatkan 3,376 anggota polis . Perbelanjaan polis ini adalah yang tertingi berbanding yang lain-lain.

Kehadiran pihak polis begitu ramai sehingga terpaksa membina markaz tektikal atau lebih dikenali sebagai "martek" untuk penginapan polis yang serba lengkap termasuk penghawa dingin inilah yang meningkatkan kos perbelanjaan PRK. Kenapakah keadaan ini terjadi?
Adakah kerajaan yang diketuai BN beranggapan rakyat Malaysia ini jenis "gedebe" atau samseng!! sehingga memerlukan kekuatan pasukan polis sebesar itu? Rakyat hendak mengundi bukanya hendak merusuh atau bergaduh!! Semua ini tidak logik pada fikiran rakyat yang rasional.Agensi-agensi kerajaan yang lain juga seperti JKR dan lain-lain turut disibukkan oleh kerajaan BN dek kerana ingin melakukan pembanggunan "mee segera" di kawasan-kawasan dalam PRK tersebut.
Persoalan sekarang ialah, siapa yang sebenarnya yang membazirkan duit dan masa rakyat? Tentulah kerajaan yang memerintah negara yang dikuasai BN terlibat segala macam PEMBAZIRAN ini. Itu belum lagi dipandang dari sudut kos berkempen BN. Sogok menyogok, upah mengupah, tabur menabur duit,Semua serba lengkap disediakan, nak makan, pesan sahaja dengan katering, markaz-markaz dibina dan dihias cantik-cantik dan lain-lain. Duit siapa yang mereka gunakan itu jika bukan duit rakyat?
Ini berlainan dengan PR. Duit untuk kempen pun sama-sama bagi derma.markaz pun bina dari buluh-buluh atau kayu-kayu, makan pun biskut kering dangan teh "o" jer. Tiada pembaziran melampau!! inilah yang dilihat dan dihakimi rakyat semasa masuk ke dewan untuk memangkah undi.. Sama-samalah kita fikir-fikirkan...
Berikut adalah pecahan perpelanjaan polis dalam PRK KT:
* Alaun Perjalanan - RM2,700,000.00
* Makan dan Penginapan - RM4,500,000.00
* Makanan Ringan dan Minuman - RM65,000.00
* Komunikasi dan Peralatan - RM50,000.00
* Sewa Canopy (Kemah) - RM6,000,000.00
* Minyak Kenderaan dan alatganti - RM698,000.00
* Bahan Mentah dan lain-lain - RM310,000.00
* Penyelegaraan dan lain-lain - RM830,000.00
Jumlah Perbelanjaan - RM15,153,000.00
{ Lima Belas JUTA dan Satu Ratus Lima Puluh Tiga RIBU Sahaja }
Sumber: Laporan BERNAMA
petikan dari : pemudaserawak.wordpress.com
1 comment:
takpo membazir pun bukan dia punya duit..
diorang tak keluar sesenm pun..
makan, pakai, minyak, semua rakyat pakat soport..
teruskan...
Post a Comment