Tuesday, April 14, 2009

Shahidan and The Gang MOHON DERHAKA!!




MOHON DERHAKA!! satu frasa kata yang diguna pakai golongan bangsawan tiba-tiba telah menjadi "popular" dan mainan bibir di kalangan sekalian rakyat jelata. Bermula dengan kes politik perak apabila bekas menteri besar perak Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dikatakan telah meminta "mohon derhaka" dari Sultan Perak. Cerita berkaitan "mohon derhaka" ini sudah banyak kita dengar itu- ini hingga sudah muak untuk di perbincangkan lagi. Namum sehari dua ini, tiba-tiba cerita ini makin panas di Utara Malaysia pula. Apa yang sudah berlaku disana?


Seperti semua sudah sedia maklum, perlis merupakan salah sebuah negeri yang kekal dimenangi oleh BN pada PRU ke 12 tahun lepas. Namun pergolakkan perlantikan menteri besar telah memerangkap bekas menteri besar dahulu, Dato' Seri Shahidan Kassim dan Menteri besar sekarang Dato' Seri Dr Md. Isa Sabu kepada "peperangan" menentukan status siapa yang lebih berhak menjadi MB Perlis. Ketua Bahagian UMNO Arau iaitu Dato' Seri Shahidan ini telah mendapat perkenan dari PM ( Tun Abdullah ) untuk meneruskan khidmat sebagai MB. Tetapi Pihak Istana Arau dibawah kuasa DYMM Raja Perlis telah menitahkan bahawa jawatan MB Perlis akan disandang oleh Ketua Bahagian UMNO Kangar iaitu Dato' Md Isa Sabu. Maka disinilah bermula krisis politik di Perlis khususnya dalam UMNO.


Telah menjadi tradisi dalam UMNO sejak zaman berzaman lagi, bahawa Jawatan Menteri Besar dan Jawatan Badan Pehubungan UMNO negeri akan dipegang oleh orang yang sama. Begitulah yang diamalkan oleh negeri-negeri lain dibawah pemerintahan UMNO hatta Negeri Terengganu yang terlibat dalam krisis yang sama juga telah mengikuti legasi ini apabila Dato Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar dahulu memulangkan kuasa badan perhubungan UMNO ini kepada Dato Seri Mohd Said yang telah mendapat perkenanan sultan Terengganu menjadi MB Terengganu. Namum apa yang berlaku di Perlis tidak seperti di Terengganu, apabila Shahidan enggan melepaskan jawatan badan perhubungan negeri walaupun sudah lebih setahun hilang kuasa MB. Adakah Shahidan ini orang yang "babil" ?( orang yang angkuh- dalam bahasa perlis). Anda fikir sendirilah...


Bibit-bibit kepada "MOHON DERHAKA" Shahidan terhadap keputusan Raja Perlis berkaitan perlantikan Md. Isa Sabu makin ketara apabila dilaporkan oleh akhbar Utusan online bertarikh 14/april/09 dibawah tajuk Jika Muhyiddin sudi, saya undur’

“Tetapi saya ingin bertanya kepada Menteri Besar Perlis (Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu) terhadap kenyataannya yang menyatakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri lebih sesuai dipegang oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri negeri masing-masing.
“Bagaimana pula kalau saya katakan, jawatan Menteri Besar itu lebih sesuai diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kerana perlu diingat pengisian jawatan Menteri Besar (Perlis) bukan atas persetujuan Presiden parti tetapi adalah atas tipu muslihat pihak tertentu,” ujarnya.


Lebih mencetus konflik "MOHON DERHAKA" kumpulan-kumpulan Shahidan terhadap keputusan Raja Perlis diatas perlantikan Md Isa Sabu sebagai MB seperti mana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com bertarikh 13 April 09 dibawah tajuk Md Isa 'produk haram' Umno, kata Hashim.

Datuk Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis, kata ketua penerangan Umno negeri, Datuk Hashim Suboh.

"Amalan dalam parti Umno, jawatan MB diserahkan kepada pengerusi perhubungan negeri. (Md Isa dilantik) MB masuk jalan bagaimana?” kata Hashim,


Maka dapatlah difahami oleh sesiapa sahaja yang berfikiran matang dan terbuka bahawa Shahidan dan rakan konconya tidak berpuas hati terhadap keputusan DYMM Raja Perlis tentang perlantikan Md Isa Sabu sebagai menteri besar. Saya sebagai anak jati Perlis sendiri melihat bagaimana Istana Raja dan Rumah Raja di Bintong perlis dikawal oleh pihak polis selepas pengumuman oleh Raja Perlis bahawa Shahidan terpaksa melepaskan jawatan MB dahulu.


Jadi mengapa pula sampai istana di kawal ketat polis lengkap bersengjata jika tidak ada ura-ura akan berlaku penentangan terhadap raja!!. Adakah krisis di Perlis ini sama seperti krisis di Perak? Sudah pasti jawapannya. YA!! Oleh itu rakyat mestilah menyatakan tentangan terhadap golongan yang tidak mengiktiraf kuasa Raja melantik MB. Siapa yang lebih tinggi..keputusan PM atau Raja? Jika Idris Jusoh pun tidak timbul isu enggan serah kuasa badan perhubungan UMNO kepada Mohd Said. Mengapa Shahidan tidak boleh. Idris pun UMNO, Shahidan pun UMNO. jadi apa masalahnya????


DAULAT TUANKU RAJA PERLIS!!!


0 comments: