Saturday, November 28, 2009

Bergelap- Sejak MERDEKA tiada elektrik


50 tahun hidup tanpa kemudahan elektrik

RAUB - Seramai 115 penduduk penempatan kekal masyarakat Orang Asli di Batu Balong, di sini menyatakan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana gagal memenuhi keperluan bekalan elektrik yang amat diperlukan.

Ketua Masyarakat perkampungan Orang Asli Batu Balong, Mohd Yusof Abdullah berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengemukakan aduan berhubung perkara terbabit, tetapi sehingga kini, semuanya hampa.

Menurutnya, setiap kali pilihan raya umum, penempatan mereka dikunjungi pemimpin setempat, dan pelbagai janji pembangunan ditabur, tetapi apabila pilihan raya selesai, janji hanya tinggal janji.

“Sehingga kini, sudah empat penggal kami menyuarakan hasrat untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik bagi setiap rumah, tetapi tidak pernah mendapat perhatian sewajarnya.

“Ketiadaan elektrik menyebabkan kami sentiasa dalam kesusahan. Sehingga kini, kami masih lagi terpaksa mencari damar untuk dijadikan pelita bagi memudahkan urusan pada malam hari.

“Kami sudah tidak sanggup lagi berulang-alik sejauh 12 kilometer ke bandar Raub untuk membeli bekalan minyak bagi kegunaan pelita,” katanya. [sinarharian.com/pahang/28 Nov 2009]

Sering dimomok dalam akhbar dan TV betapa daif, miskin, tiada kemudahan asas sempurna seperti elektrik dan air di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pembangkang.
tetapi inilah realiti yang berlaku di negara kita, satu negeri yang tidak pernah diterajui pembangkang sejak dari merdeka lagi turut ada kes-kes sedemikian.

Lebih dukacita lagi apabila kawasan Raub ini diterjui oleh Ahli Parlimen kerajaan yang bertaraf Menteri. Adakah Y.B. Dato' Sri Dr.Ng Yen Yen tidak mengetahui ada masyarakat di tempatnya masih tiada bekalan elektrik? Apa pula peranan UMNO yang mengetuai kerajaan Negeri? hendak dikatakan peruntukan dari Kerajaan Pusat tidak dapat, itu mustahil berlaku. Jadi apakah masalah kepada golongan kecil di Raub ini?

Jika negeri yang baru diperintah PR selepas PRU lepas seperti Kedah, terus dicanang pelbagai masalah seperti ini hari demi hari. Adakah bila PR perintah terus serta merta orang itu jatuh miskin? atau jika negeri yang pernah dicanang banyak masalah kemasyarakatan seperti Terangganu di era pemerintahan PAS dahulu kembali kepada BN, maka automatik orang-orang miskin dulu terus jadi kaya raya? Andalah yang perlu fikir dan nilai sendiri.

Tuesday, November 24, 2009

SPR- SURUHANJAYA POLITIK BN


PUTRAJAYA 23 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memfailkan notis usul di Mahkamah Rayuan untuk menangguhkan pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh yang diisytiharkan oleh Mahkamah Tinggi, minggu lalu.

Notis itu difailkan pukul 4.40 petang di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di sini berikutan kegagalan SPR memperoleh penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan itu hari ini. (Utusan/ 23 Nov 2009)

SURUHANJAYA POLITIK BN mungkin itulah nama yang paling sesuai dijodohkan kepada SPR kini. Umum mengetahui antara tugas utama SPR ialah mengistiharkan kekosongan kerusi DUN/PARLIMEN untuk pilihanraya semula selepas menerima notis rasmi dari speaker dewan.

Tetapi kini SPR telah lupa atau buat-buat lupa akan bidang tugasnya apabila tidak mahu mengistiharkan kekosongan kerusi dun siputeh di Kedah. Lebih malang lagi, SPR telah tidak dapat menerima hakikat kerusi itu sudah dikosongkan apabila Mahkamah Tinggi sendiri memutuskan berlaku kekosongan di Dun tersebut.Sepatutnya SPR perlu menerima keputusan Mahkamah Tinggi tersebut kerana ia bukti yang kukuh bahawa speaker dewan Kedah telah menjalankan tugas dengan betul. Apa yang menjadikan rentetan sandiwara SPR yang telah menjadi SURUHANJAYA POLITIK BN ialah SPR sekali lagi menfailkan notis penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan pula.

Rakyat jelata bingung dengan tindakan SPR ini. Jika UMNO yang beriya-iya menfailkan notis penangguhan bolehlah kita terima dan tidaklah pelik sangat kerana ini isu dia, tetapi lain pula cerita kini apabila suruhanjaya yang menjalankan pilihanraya pula yang bersungguh-sungguh hendak melawan keputusan mahkamah. UMNO kedah sendiri lebih "cool" dari SPR dalam isu ini. Mereka dapat menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah tersebut walaupun kecewa.

Tindakan SPR ini secara terang telah melebelkannya sebagai satu entiti yang tidak bebas dari pengaruh mana-mana parti politik. Tidak ada kata yang lebih sesuai dikatakan kepada SPR iaitu SPR "bais" kepada BN atau SPR budak SURUHAN BN bukan lagi SURUHANjaya PILIHANRAYA. Lu fikirlah sendiri..

Saturday, November 14, 2009

Air- Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan


Mungkin itulah peribahasa yang akan diungkap oleh Karam Singh jika ditanya mengenai isu penjualan air kepada Singapura serendah 3sen/1000 gelen. Apa yang "hebat" para pemimpin negara yang diterajui oleh BN semenjak merdeka ialah Malaysia membeli balik 37 juta gelen air yang sudah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Begitulah "bijaksana" pemimpin kita sehingga dipermain sebegitu rupa. Bukankah air itu sumbernya dari Malaysia? Tetapi kenapa pula kita yang perlu bayar dengan harga yang tinggi? Mungkinkah kita banyak sign perjanjian tapi semua perjanjian itu ibarat "makan diri" ?
Persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perjanjian tersebut yang masih kekal sejak 1961 itu akan tamat pada tahun 2011. "Tahun 2011 tidak lama saja lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk melanjutkan perjanjian pertama itu atau tidak menyambungnya ataupun mahu berunding untuk perjanjian yang baru? Sementara itu, bagi perjanjian kedua yang akan tamat pada 2060, Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air sehari dengan harga sama. Jadi kita akan terus "menyara dengan subsidi" jiran kita yang kaya itu selama 50 tahun lagi. Subsidi kepada rakyat kita pula hari demi hari difikir oleh kerajaan untuk menghapuskan dengan alasan rakyat sudah lama "dimanjakan" atau rakyat bermentaliti subsidi sahaja!! Jangan pula selepas 2011, buat pula perjanjian ketiga untuk bekalkan air kepada Singgapura hingga kiamat!! Begitulah nasib rakyat negara ini, diomong-omongkan pemimpinan kita "pintar" dipentas antarabangsa tapi sebaliknya hanya tuhan yang tahu. Apa yang pasti..kita sebagai rakyat yang sokmo "terkena" dalam banyak hal. Mudah cerita kita just follow & bayar je lah. Andakah anda meletakkan diri dalam mind set ini selamanya atau membuat perubahan kepada pucuk pimpinan? Anda fikirlah sendiri.. ( Utusan, 14 Nov 2009 )

Wednesday, November 11, 2009

SPRM- Dera saksi lagi


TEMERLOH 11 Nov. — Saksi perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Norza Zakaria memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa dia terdorong memberi keterangan palsu kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana trauma akibat didera semasa soal siasat.

Mohd Taupik Hussain mendakwa semasa disoal siasat oleh tiga pegawai SPRM Pahang pada 22 Jan. lepas, dia telah didera secara fizikal dan mental.


Katanya dia dibawa ke pejabat SPRM Kuantan pada 22 Jan. dan pada kira-kira 5 petang telah dibawa ke sebuah bilik dan diarahkan menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, melakukan ketuk ketampi serta tekan-tubi, berguling-guling di atas lantai selain kepalanya diketuk dengan kasutnya oleh pegawai terbabit.

"Proses penderaan berkenaan berlarutan sehingga pukul 11 malam sebelum saya diarahkan untuk menandatangani satu surat Orang Kena Tahan pada pukul 11.14 malam,” dakwanya.

Mohd Taupik berkata demikian semasa menjawab soalan peguam yang mewakili Norza, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dalam prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi di hadapan Hakim Azuar Che Yusof hari ini. - Bernama ( Utusan, TERKINI, 11 NOV 2009 )

Monday, November 9, 2009

V K Lingam- Kebenaran ditutup dalam terang


Lingam tak langgar undang-undang: Nazri ( Berita Harian segmen terkini 9 Nov 2009)

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk VK Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.

Apabila ditanya komen oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyuarakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menutup kes itu, Mohamed Nazri berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan peribadi.

"Sekiranya Yang Berhormat mantan perdana menteri merasa dirinya dianiayai, disebut-sebut, saya percaya ada ruang lain di mana beliau boleh mengambil tindakan," katanya.

Mohamed Nazri menjelaskan bahawa sesiapa yang bertindak menasihati atau memberikan pandangan kepada Perdana Menteri tentang pelantikan hakim, tidak boleh dikatakan melakukan suatu kesalahan melainkan jika tindakan itu adalah suatu konspirasi untuk memburukkan badan kehakiman, atau dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan balasan atau faedah.

"Mengenai hal ini tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakim-hakim kerana pada hakikatnya perdana menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali sendiri calon-calon hakim.

"Rundingan sebegini yang tidak membabitkan rasuah atau unsur-unsur lain yang disebutkan tadi bukanlah satu jenayah," katanya.

Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan lanjut terhadap individu utama yang dikaitkan dalam rakaman klip video itu dan mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.

Mengenai satu isu lain, beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji, meminda atau memansuhkan mana-mana peruntukan atau akta yang tidak lagi sesuai untuk dikuatkuasakan.

"Ia adalah usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara untuk memastikan keberkesanan sistem perundangan negara dan untuk memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat," katanya.

Beliau berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dan membabitkan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.

Mari kita bahas apa yang diucapkan oleh Nazri.

Dalam perenggan pertama adalah dengan jelas telah disebut bahawa "KERANA MELOBI PERLANTIKAN HAKIM". Ini bermakna beliau mengesahkan bahawa VK Lingam memang terlibat dan bersalah dalam hal ini. Amat malang bagi sistem perundangan negara apabila bukti yang cukup kukuh dengan pendedahan klip video yang begitu jelas dan disahkan ketulenan juga tidak dapat membantu kepada penyelesaian kes. Apakah hendak ditunggu si bersalah ini untuk buat sidang media live seluruh negara, baru boleh dikatakan dia bersalah? tolonglah jangan beri satu jawapan kebudak-budakan kerana anda menteri dengan alasan "mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk".

Jika penahanan ISA dilakukan, bukti pun belum cukup tapi dah kena cekup! tapi bila bukti dah cukup dan jelas yang bersuluh, tiada pula dicekup pesalah itu hatta akta hasutan pun tidak boleh disabitkan! Sungguh tidak dapat diterima akal.. Mungkin Nazri perlu guna alasan sebegini pula, Lingam semasa bercakap itu, baru lepas minum toddy.itu yang dia merapu. oklah tu..logik la skit.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)juga tidak jumpa apa-apa kesalahan yang boleh dikaitkan dalam kes. Rasuah ini bukan sahaja beri-ambik duit tetapi melobi atau penyalahgunaan pengaruh/kedudukan juga adalah salah satu bentuk rasuah juga. SPRM yang dinaik taraf hanya pada nama sahaja, tetapi tindakan masih ditahap lama atau makin menurun! Lihat pula pada saksi ke 20,T. Sivanesan dalam inkues Beng Hock pada 9 Nov 2009 menafikan bahawa dia berbohong semata-mata untuk memalukan dan mencemarkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dibelasah (Utusan, terkini, 9 Nov 2009. Janji manis kerajaan untuk memerangi rasuah ibarat menanam tebu di bibir sahaja. Anda fikir dan buatlah kesimpulan dalam PRU 13 nanti.

Sunday, November 8, 2009

Kereta lama- Agenda populis damba publisiti murahan


Tarik balik peraturan untuk ringankan beban rakyat

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed berkata, “Kita lakukan itu semua adalah kerana mengambil kira kepentingan rakyat, khasnya golongan yang perlu diberi pembelaan”. ( Utusan Malaysia segmen Terkini 8 Nov 2009 )

Pada 28 Oktober lalu, kementerian itu mengumumkan Dasar Automotif Nasional (NAP) termasuk Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan yang memperkenalkan pemeriksaan mandatori tahunan sebagai keperluan pembaharuan cukai jalan untuk kenderaan berusia 15 tahun dan ke atas. Inilah skrip teater yang perlu dipentaskan di Istana Budaya. Sungguh menarik jalan cerita ini!! Apa tidaknya, mereka yang cipta isu, selepas itu mereka juga yang memberi jalan keluar terhadap isu tersebut. P. Ramlee pun tabik!

Beginilah cara rakyat Malaysia di "gula-gulakan". sekali pandang, merekalah yang cekap membela rakyat. Tetapi ini semua tidak lain dari agenda menagih simpati rakyat terutama mereka-mereka di kampung yang hanya dapat maklumat dari TV kerajaan. Mungkin inilah yang BN laungkan " kita mesti menjuarai rakyat" walaupun tindakan itu hanyalah mencari publisiti murahan. Begitulah yang sering kali terjadi di negara ini, nampak sahaja pemberian baik, tetapi ada makna tersirat yang menguntungkan kerajaan. Antara contoh menarik ialah pemberian rebat untuk kenderaan tahun lepas. Seluruh rakyat "terkinja-kinja" gembira mendapat "duit free", tapi tahun ini pula, cukai jalan dan anssuran pula dinaikkan khususnya bagi kereta-kereta lama. contoh seterusnya, apabila PM bentang Bajet 2010 baru-baru ini, apabila diumumkan pelepasan cukai dari RM8 ribu kepada RM9 ribu. Maka interview oleh TV, semua orang beri pujian kerena kerajaan perihatin kepada masyarakat. Tetapi apabila kita fikir-fikir siapakah yang "untung" dalam hal ini, barulah kita sedar rupa-rupa big bos atau pihak jerung-jerung je yang untung. ikan-ikan bilis ini tak rasa apa-apepun sebenarnya.betul tak?

Sedarlah masyarakat sekalian, janganlah membiarkan diri di perbodoh begini. Janganlah terus "telan" umpan yang mengoda kerna didalamnya terdapat kail yang tajam berbisa. Fikir dan terus berfikir..