Saturday, November 14, 2009

Air- Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan


Mungkin itulah peribahasa yang akan diungkap oleh Karam Singh jika ditanya mengenai isu penjualan air kepada Singapura serendah 3sen/1000 gelen. Apa yang "hebat" para pemimpin negara yang diterajui oleh BN semenjak merdeka ialah Malaysia membeli balik 37 juta gelen air yang sudah dirawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Begitulah "bijaksana" pemimpin kita sehingga dipermain sebegitu rupa. Bukankah air itu sumbernya dari Malaysia? Tetapi kenapa pula kita yang perlu bayar dengan harga yang tinggi? Mungkinkah kita banyak sign perjanjian tapi semua perjanjian itu ibarat "makan diri" ?
Persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai perjanjian tersebut yang masih kekal sejak 1961 itu akan tamat pada tahun 2011. "Tahun 2011 tidak lama saja lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir untuk melanjutkan perjanjian pertama itu atau tidak menyambungnya ataupun mahu berunding untuk perjanjian yang baru? Sementara itu, bagi perjanjian kedua yang akan tamat pada 2060, Malaysia membekalkan sebanyak 250 juta gelen air sehari dengan harga sama. Jadi kita akan terus "menyara dengan subsidi" jiran kita yang kaya itu selama 50 tahun lagi. Subsidi kepada rakyat kita pula hari demi hari difikir oleh kerajaan untuk menghapuskan dengan alasan rakyat sudah lama "dimanjakan" atau rakyat bermentaliti subsidi sahaja!! Jangan pula selepas 2011, buat pula perjanjian ketiga untuk bekalkan air kepada Singgapura hingga kiamat!! Begitulah nasib rakyat negara ini, diomong-omongkan pemimpinan kita "pintar" dipentas antarabangsa tapi sebaliknya hanya tuhan yang tahu. Apa yang pasti..kita sebagai rakyat yang sokmo "terkena" dalam banyak hal. Mudah cerita kita just follow & bayar je lah. Andakah anda meletakkan diri dalam mind set ini selamanya atau membuat perubahan kepada pucuk pimpinan? Anda fikirlah sendiri.. ( Utusan, 14 Nov 2009 )

1 comment:

Anonymous said...

dari isu di atas..banyak pandangan & luahan yg membangkitkan persoalan tentang pemimpin2 di negara ini.tidak kira diperingkat negeri maupun di peringkat negara.selagi mana namanya ahli tegar UMNO maupun BN, keuntungan diri & kroni merupakan matlamat hakiki yg menjadikan kekayaan negara dari pelusuk bucu tersembunyi sekalipun pastinya akan disedut keluar secara halus maupun secara gasar..
mengenai isu air di johor - singapura pelbagai rungutan rakyat yang rata2 beragama Islam dan berpendapatan rendah sangat banyak diperbualkan dikedai2 kopi, starbuck maupun lobi hotel 3 bintang.secara amnya saya sebagai pendengar dan pemerhati dapat memahami bisikan kemarahan yg mustahil didengari oleh pemimpin yg duduknya terlalu tinggi di singgahsana indah mereka. sebenarnya penjualan air kepada singapura langsung tidak merugikan kerajaan. pembelian juga tidak sedikit pun merugikan pihak kerajaan.kerajaan negeri maupun kerajaan persekutuan.tetapi kita lihat konsep rugi ini dimana?rugi ini pada kita.ya..kita adalah rakyat.rakyat lah yg didahulukan bagi menanggung kerugian ini.tetapi pencapaian mereka langsung tidak diendahkan dalam mentadbir hasil bumi negeri. disebabkan sumber air di bawah bidang negeri dan pengurusan air pula dibawah bidang persekutuan.maka mereka berkongsi keuntungan dari hasil air kita.tahap pendidikan masyarakat negara ini semakin meningkat..kesedaran mula tumbuh bagai cendawan selepas hujan.jadi manfaatkan peluang dan ruang bagi menjatuhkan kerajaan mungkar dan zalim ini.biarlah Islam tertegak kembali bersama darah dan keringat syuhada....