
Lingam tak langgar undang-undang: Nazri ( Berita Harian segmen terkini 9 Nov 2009)
KUALA LUMPUR: Tiada sebarang tindakan diambil terhadap peguam Datuk VK Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.
"Kita tidak nafi yang bercakap (dalam klip video) itu sebenarnya Lingam. Tetapi saya juga kata dalam dunia ini mungkin juga banyak 'conman'. Memang Lingam yang bercakap tetapi mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk.
Apabila ditanya komen oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyuarakan rasa kesal dengan tindakan kerajaan menutup kes itu, Mohamed Nazri berkata tindakan yang diambil oleh kerajaan tidak berdasarkan kepentingan peribadi.
"Sekiranya Yang Berhormat mantan perdana menteri merasa dirinya dianiayai, disebut-sebut, saya percaya ada ruang lain di mana beliau boleh mengambil tindakan," katanya.
Mohamed Nazri menjelaskan bahawa sesiapa yang bertindak menasihati atau memberikan pandangan kepada Perdana Menteri tentang pelantikan hakim, tidak boleh dikatakan melakukan suatu kesalahan melainkan jika tindakan itu adalah suatu konspirasi untuk memburukkan badan kehakiman, atau dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan balasan atau faedah.
"Mengenai hal ini tidak menjadi sesuatu yang ganjil pandangan pelbagai individu dan organisasi diminta dan diambil kira dalam pelantikan hakim-hakim kerana pada hakikatnya perdana menteri seorang diri tidak akan dapat membuat keputusan kerana tidak mengenali sendiri calon-calon hakim.
"Rundingan sebegini yang tidak membabitkan rasuah atau unsur-unsur lain yang disebutkan tadi bukanlah satu jenayah," katanya.
Mohamed Nazri berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telahpun menjalankan siasatan lanjut terhadap individu utama yang dikaitkan dalam rakaman klip video itu dan mendapati bahawa tiada kesalahan jenayah telah dilakukan berhubung dengan isu penyalahgunaan kuasa dalam pelantikan hakim.
Mengenai satu isu lain, beliau berkata kerajaan akan terus mengkaji, meminda atau memansuhkan mana-mana peruntukan atau akta yang tidak lagi sesuai untuk dikuatkuasakan.
"Ia adalah usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara untuk memastikan keberkesanan sistem perundangan negara dan untuk memodenkan undang-undang supaya sejajar dengan perubahan kehendak masyarakat," katanya.
Beliau berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri sedang disediakan berkenaan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Undang-undang Malaysia yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, dan membabitkan Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang di Jabatan Peguam Negara.
Mari kita bahas apa yang diucapkan oleh Nazri.
Dalam perenggan pertama adalah dengan jelas telah disebut bahawa "KERANA MELOBI PERLANTIKAN HAKIM". Ini bermakna beliau mengesahkan bahawa VK Lingam memang terlibat dan bersalah dalam hal ini. Amat malang bagi sistem perundangan negara apabila bukti yang cukup kukuh dengan pendedahan klip video yang begitu jelas dan disahkan ketulenan juga tidak dapat membantu kepada penyelesaian kes. Apakah hendak ditunggu si bersalah ini untuk buat sidang media live seluruh negara, baru boleh dikatakan dia bersalah? tolonglah jangan beri satu jawapan kebudak-budakan kerana anda menteri dengan alasan "mungkin dia berlagak...saja hendak menunjuk".
Jika penahanan ISA dilakukan, bukti pun belum cukup tapi dah kena cekup! tapi bila bukti dah cukup dan jelas yang bersuluh, tiada pula dicekup pesalah itu hatta akta hasutan pun tidak boleh disabitkan! Sungguh tidak dapat diterima akal.. Mungkin Nazri perlu guna alasan sebegini pula, Lingam semasa bercakap itu, baru lepas minum toddy.itu yang dia merapu. oklah tu..logik la skit.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)juga tidak jumpa apa-apa kesalahan yang boleh dikaitkan dalam kes. Rasuah ini bukan sahaja beri-ambik duit tetapi melobi atau penyalahgunaan pengaruh/kedudukan juga adalah salah satu bentuk rasuah juga. SPRM yang dinaik taraf hanya pada nama sahaja, tetapi tindakan masih ditahap lama atau makin menurun! Lihat pula pada saksi ke 20,T. Sivanesan dalam inkues Beng Hock pada 9 Nov 2009 menafikan bahawa dia berbohong semata-mata untuk memalukan dan mencemarkan nama baik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dibelasah (Utusan, terkini, 9 Nov 2009. Janji manis kerajaan untuk memerangi rasuah ibarat menanam tebu di bibir sahaja. Anda fikir dan buatlah kesimpulan dalam PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment