
KUALA LUMPUR 8 Dis. - Sebuah syarikat pembekal papan iklan dan Barisan Nasional (BN) diperintah memfailkan beberapa dokumen penting berhubung kes saman RM546 juta oleh syarikat tersebut terhadap BN atas dakwaan parti politik itu telah menamatkan perjanjian secara salah.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nur Yusliana Yusoff memberi tempoh sehingga 13 Januari ini untuk syarikat tersebut, Pentas Permata Sdn. Bhd. (PPSB) dan BN memfailkan dokumen-dokumen terbabit.
Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili BN selaku defendan ketika ditemui pemberita memberitahu, mahkamah turut memerintahkan supaya PPSB selaku plaintif dan BN memfailkan ikatan dokumen yang telah dipersetujui.
Selain itu mereka diminta memfailkan ikatan dokumen yang dipersetujui dan tidak dipersetujui, senarai saksi yang terlibat, ikatan kes plaintif serta defendan, senarai isu yang akan dibicarakan dan pernyataan fakta yang telah dipersetujui.
Nur Liana turut menetapkan pengurusan kes peringkat akhir pada 26 Januari ini sebelum menentukan tarikh perbicaraan.
PPSB memfailkan saman terhadap BN melalui pegawai amnya, Datuk Yaakob Mohammad pada 7 Disember 2007.
Dalam writ saman terpinda, plaintif menyatakan, melalui perjanjian bertarikh 5 Januari 2006, defendan telah melantik syarikat itu sebagai ejen untuk membekal, mendiri dan menyelenggara struktur papan iklan luaran bagi mempromosikan BN ketika pilihan raya umum.
Plaintif menyatakan, perjanjian tersebut memperuntukkan tempoh lima tahun dengan pilihan diberikan kepada syarikat itu untuk memperbaharuinya bagi tempoh lima tahun lagi.
Plaintif mendakwa, defendan telah gagal bekerjasama bagi memperoleh lokasi strategik dan menyokong permohonan syarikat itu untuk mendirikan papan-papan iklan.
Mengikut perjanjian, plaintif menyatakan, defendan berhak menamatkan perjanjian tersebut pada bila-bila masa dalam tempoh enam bulan perjanjian itu ditandatangani.
Bagaimanapun, dakwa plaintif, notis penamatan khidmat syarikat itu oleh defendan telah dikeluarkan pada 5 Februari 2007 iaitu melampaui tempoh enam bulan yang ditetapkan.
Akibatnya, plaintif mendakwa telah mengalami kehilangan keuntungan sebanyak RM546,552,800 termasuk kos mendirikan papan-papan iklan luaran, pendapatan tahun pertama dan kedua serta jumlah pendapatan sepanjang 10 tahun.
Sehubungan itu, syarikat tersebut menuntut ganti rugi khas RM546,552,800, ganti rugi am, kos, faedah dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
BN dalam pernyataan pembelaan bertarikh 9 April 2008 pula memohon supaya tuntutan plaintif ditolak dengan kos.
Defendan mendakwa, perjanjian tersebut ditamatkan kerana plaintif telah gagal menunjukkan sebarang hasil daripada tugas yang sepatutnya dijalankan di bawah perjanjian tersebut.
Defendan menyatakan, penamatan perjanjian terhadap plaintif adalah sah kerana keingkaran plaintif menjalankan tanggungjawab mereka di bawah perjanjian tersebut. (Utusan 9 Dis 09)
Inilah dia BN, parti yang banyak membazir dalam perang kempen dalam pilihanraya. Jika dilihat dari segi peralatan dan bahan kempen BN, semuanya yang mahal-mahal dan terkini. bilik gerakan yang serba baru secara tidak lansung meningkatkan perbelanjaan kempen mereka. Berbeza dengan parti pembangkang yang lebih "miskin" dari BN. Hasil kreativiti penyokong yang banyak guna semula bahan-bahan terpakai menjadikan kempen mereka nampak menarik!! hanya berbekal semangat dan kerjasama sesama sendiri menjadikan mereka tidak berharap kepada duit untuk buat kerja. Inilah yang sangat dicemburui BN, kerana petugasnya hanya akan buat kerja jika ongkosnya beres!!
Pertama- Yang menjadi persolaan berkenaan kos kempen BN yang begitu tinggi dalam mana-mana PR. Dari mana mereka memperoleh duit itu? ada yang mengatakan bahawa duit kempen BN ini disumbangkan secara "paksa rela" dari kontraktor yang cari makan bawah BN. kalau tak diberi, projek tak dapat la. kalau beri skit..dapat projek pun skit la. Semua hal ini perlu difikir oleh mereka dalam meletakkan harga untuk projek-projek mereka. Dek kerana mereka terpaksa "menabung" untuk BN, maka rakyat terbeban kerana terpaksa bayar mahal untuk kontraktor-kontraktor ini buat kerja. betul tak?
Kedua- Berikutan saman yang dikenakan kepada BN ini, digesa pihak SPR membuat penyiasatan terhadap perbelanjaan kempen BN selama ini. Semua sedia maklum bahawa terdapat syarat had penggunaan kos terhadap kempen Pilihan Raya bagi setiap parti politik. Had kos yang ditetapkan juga berbeza antara kerusi PARLIMEN dan DUN. Tetapi yang pasti tidaklah sampai RATUSAN JUTA seperti dilakukan BN ini. Alangkah baik dan lebih berfaedah menggunakan duit ini untuk terus beri rebat kepada kenderaan jer. Anda fikirlah sendiri..
No comments:
Post a Comment