Wednesday, December 16, 2009

MP BN- Boikot Budget Najib


Turut mengambil bahagian dalam undian jam 11.15 malam itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bergegas ke Parlimen selepas menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke-90 Sekolah Menengah Chong Hwa. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di Parlimen dari majlis di ibu kota malam kelmarin. ( Berita Harian, 16/12/09)

Apa sudah jadi dengan tahap keyakinan MP BN terhadap PM? BN mempunyai 137 wakil rakyat di Dewan Rakyat manakala pembangkang 82 dan Bebas (tiga). Namun apa yang berlaku ketika sesi pengundian untuk meluluskan Budget sulung PM memberi isyarat yang cukup jelas kepada Najib apabila 70 orang dari mereka telah tidak hadir dapat ditafsirkan sebagai budget ini telah ditolak oleh MP BN sendiri. PM dan TPM yang terpaksa bergegas-gegas ke Parlimen dengan meninggalkan majlis rasmi adalah sesuatu yang amat MEMALUKAN. Tidak pernah lagi perkara ini terjadi sebelum ini mahupun pada era Tun Abdullah yang sering digambar PM yang tidak licik memimpin. Adakah Najib lebih teruk dari Pak Lah?

Walaupun budget ini diluluskan juga tetapi dengan majoriti 3 undi sahaja membuktikan budget ini akan menghadapi masalah di masa hadapan secara lagsung atau tidak langsung. PM berkali-kali menyatakan budget ini tidak akan terjejas akibat kemerosotan keuntungan Petronas seperti yang dibangkitkan oleh ketua pembangkang. Umum mengetahui bahawa lebih kurang 40% dari pendapatan negara disumbangkan oleh Petronas. Rakyat bimbang jika peruntukkan untuk budget ini tidak mencukupi, rakyat akan dibebankan oleh kenaikan harga barang khususnya minyak kenderaan.Siapa yang jadi mangsa? RAKYAT juga....

Ketidak hadiran MP BN ini juga boleh ditafsir sebagai mereka tidak cakna kepentingan rakyat. Mereka perlu bersuara jika terdapat masalah dalam budget ini jangan lepas tangan atau bersikap sambil lewa kerana budget ini akan menentukan halatuju negara selama setahun.
Inilah masalah MP BN, mereka tidak berani untuk tegur kerajaan kerana dibimbangi akan dicop itu ini. Mereka rela "senyap" walaupun mengetahui ada masalah kerana menjaga periuk nasi. Apabila ditanya pula, semua cakap budget ini bagus la,mesra rakyat la, semuanya hipokrit semata-mata kerana jika tidak diampu begitu, bimbang tidak tercalon masa PRU13 nanti.

Soal kehadiran MP di Parlimen juga mendukacitakan. Mereka juga tidak ubah seperti budak-budak nakal disekolah yang selalu ponteng sekolah. Rakyat dapat lihat dari klip-klip video persidangan Parlimen dikaca TV nampaknya lebih kerusi kosong dari yang bertuan. Tidak dinafikan menteri atau timb menteri terdapat urusan-urusan rasmi diluar, tetapi yang tidak memegang apa-apa ini juga gagal hadir ke Parlimen. Mungkin sudah diperlukan satu undang-undang atau hukuman yang tegas kepada kaki-kaki ponteng ini. Mereka gagal menjadi "pekerja" yang baik jika diaggap Parlimen itu sebagai pejabat buat ahli parlimen. Apabila dicadang untuk dipotong gaji atau elaun semua pun marah,tetapi kerja malas!!mereka perlu sedar, gaji yang mereka peroleh itu adalah duit rakyat jelata. Wahai rakyat semua, perhatikan gelagat MP anda setiap masa, jika mereka malas, kaki ponteng dan lain-lain. Maka mari kita JATUHKAN mereka melalui PRU13 nanti. Anda fikirlah sendiri..

No comments: