Wednesday, December 16, 2009

Pembangkang- Tidak Membangkang Membuta-Tuli


"Kita pelik macam mana dalam tempoh beberapa minggu beliau (Nik Abdul Aziz) telah berubah fikiran dan mengganggap saya sebagai seorang pemimpin dan pejuang Islam yang berani," katanya sambil tersenyum. ( Utusan, 16/12/09 )

Kenapa pelik pula? Itulah sikap profesional seorang pemimpin yang bukan hanya meletakkan prinsip segala yang dilakukan oleh "musuh" politik adalah semuanya salah dan perlu dibangkang. Apa yang dilakukan oleh Nik Aziz ini seharusnya dicontohi oleh pemimpin-pemimpin kerajaan. Jika pembangkang buat yang betul, maka cakaplah itu betul.

Pembangkang acap kali bersetuju dan menyokong dengan keputusan kerajaan sungguhpun di dalam Parlimen. Isu-isu kemanusiaan seperti bantuan kepada mangsa malapetaka, peperangan khususnya Palestin-Israel dan banyak lagi membuktikan pembangkang tidak membangkang meng"khinzir" buta dalam setiap keputusan mereka.

Speaker Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia pernah berkata "pelik" dengan perangai-perangai ahli-ahli dewan khususnya dari kem pembangkang yang bilamana berada didewan, seolah-olah singa lapar yang akan menyerang mangsa habis-habisan, tetapi apabila diluar pula, boleh minum teh sekali dan boleh berpeluk-pelukkan pula.

Ini semua tidaklah sesuatu yang pelik kerana sikap sebeginilah yang akan mengankat status Parlimen kita setaraf Parlimen kelas pertama dunia. Didalam dewan, setiap perbahasan perlu dilakukan dengan sesempurna mungkin untuk kebaikan negara dan rakyat. Menegakkan pandangan yang berbeza di dewan tidak seharusnya dipandang serong kerana apa yang dikatakan oleh pembangkang itu akan menjadi satu "check and balance" kepada cadangan pihak kerajaan. Apabila berada di luar pula, segala "permusuhan" didewan tidak dibawa keluar. Mereka keluar dan bertemu pemimpin kerajaan atas kapasiti seorang kawan atau suadara seagama.

Beginilah yang rakyat hendak lihat akhlak dari pemimpin-pemimpin pilihan mereka. Memperjuangkan hak rakyat bermati-matian di dewan tetapi menjadi kawan di luar. Tetapi perkara ini tidak di praktik pula oleh pemimpin kerajaan kecuali sedikit sahaja. Bagi mereka, apa yang pembangkang cakap semua tidak betul, hanya mereka sahaja yang betul. Seolah-olah mereka sahaja yang pandai mentadbir negara. Anda fikirlah sendiri..

0 comments: