Wednesday, January 12, 2011

Budaya cantas halang BN tawan semula Kedah: Tun M



JITRA: Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri terbabit.
"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu, di sini hari ini.
Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya, Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.

Mengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata, beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.

"Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan," katanya.

Perkara STANDART dalam UMMO..
mereka berjuang bukan atas dasar IKHLAS, tetapi semua untuk mem"buncit"kan perut masing-masing sahaja. Kesian tenggok veteran-veteran UMMO ni, walaupun mereka IKHLAS, tapi orang lain tak fikir begitu. Biarlah UMMO hancur dek kerana pijak memijak sesama mereka sendiri.

No comments: