
Negara Islam: Masyarakat Cina diminta timbang implikasi
12/01/2011 3:01pm
KUANTAN, 12 Jan. - Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.
Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, Pas semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.
"Pas tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini satu peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.
"Jika Pas mempunyai kuasa dan memerintah, dia kena memenuhi apa yang dia lakukan dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan meraikan warga emas sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini. - Bernama [Utusan/12 Januari 2011]
Mana UMMO!! mana PERKASA!!
Jika sebelum ini UMMO begitu sensitif dan lantang menyerang YB wanita dari DAP berpakaian "ketat" semasa bersenam di perkarangan surau di Selangor atas nama mendualatkan Islam. Apabila MCA memperlekeh ISLAM pula, mereka menyepi seribu bahasa!! kenapa Menteri yang jaga hal ehwal Islam tidak keluarkan kenyataan!!
Janganlah kita termasuk golongan yang disifatkan Al-Quran sebagai mereka yang hanya ambil isi kitab hanya yang mereka suka sahaja dan menolak sebahagian yang lain.
No comments:
Post a Comment