Tuesday, January 25, 2011

Interlok: Dr Subrmaniam NAFI dakwaan kompromi


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Timbalan Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam menafikan dakwaan beliau telah mengkompromikan pendiriannya bahawa novel Interlok perlu ditarik balik daripada menjadi buku teks pelajar Tingkatan Lima.

"Menerusi semua perbincangan Kabinet dalam beberapa mesyuarat sebelum ini, saya dengan tegas menyatakan pandangan masyarakat India, dan impak buku itu terhadap minda masyarakat serta golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata, beliau berulang kali menegaskan pada mesyuarat mingguan kabinet berhubung pendirian masyarakat India bahawa buku berkenaan perlu ditarik balik serta tidak digunakan sebagai buku teks sastera.

"Tidak ada sekelumit kebenaran pun mengenai dakwaan dan khabar angin yang disebarkan berhubung perkara itu,” katanya.

Kaum India di Malaysia telah membantah penggunaan novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu sebagai buku teks bagi mata pelajaran Sejarah Melayu Tingkatan Lima kerana mendakwa ia mengandungi kenyataan yang tidak tepat dan menghina masyarakat berkenaan. – ( Utusan / 25 Januari 2011 )

TPM cakap isu interlok sudah selesai, tapi..MIC nafi pula..
siapa tipu siapa nih.
Anda Fikirlah Sendiri

Wednesday, January 12, 2011

Pelan 100 hari pembangkang, biar rakyat tentukan: PM




2011/01/12
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan beliau berhubung "Pelan 100 hari" pembangkang.

Perdana Menteri berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya.
"Kalau nak debat, kita mesti ada sesuatu hasil daripada debat itu. Saya tak nampak ada hasil, yang penting sekali ialah penilaian daripada rakyat

Najib berkata pakatan pembangkang boleh membuat pembentangan mereka dan Barisan Nasional akan turut membuat pembentangan berhubung perkara itu.

"Dan kita boleh buat macam-macam penilaian atas perancangan berkenaan (pelan). Biar rakyat menentukan," katanya.

YA BETUL..biar rakyat jadi hakim..
dengan DEBAT TERBUKA.. ditanyangan secara live di kaca TV..masing-masing bentangkan formula ekonomi sendiri. Jika PM yakin dengan formula ekonomi beliau, usah gentar hadapi ketua pembangkang.. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA PENIPU!!

Budaya cantas halang BN tawan semula Kedah: Tun M



JITRA: Barisan Nasional (BN) mampu menawan semula Kedah sekiranya budaya 'cantas' dihapuskan di kalangan pucuk pimpinan khususnya dalam Umno.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, selagi budaya itu subur dalam Umno Kedah, BN tidak akan berupaya memenangi semula negeri terbabit.
"Yang jadi masalah bila orang lain naik, yang tak naik cantas, bila yang tak naik ni naik, orang lain pula cantas dia, jadi tabiat ni patut dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan jubli perak GiatMara di GiatMara Prima Kubang Pasu, di sini hari ini.
Bekas Presiden Umno itu berkata demikian ketika ditanya mengenai peluang BN merampas semula Kedah selepas rombakan badan perhubungan Umno negeri yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai pengerusi dan anaknya, Datuk Mukhriz menjadi timbalan pengerusi.

Mengulas pelantikan Mukriz, Dr Mahathir berkata, beliau tidak campur tangan dalam karier politik anaknya itu.

"Waktu jadi perdana menteri dulu pun saya larang anak saya terlibat politik takut orang kata dia anak perdana menteri, dan sekarang ni bapa dia dah tak jadi perdana menteri pun, tapi masih tidak pernah campur tangan," katanya.

Perkara STANDART dalam UMMO..
mereka berjuang bukan atas dasar IKHLAS, tetapi semua untuk mem"buncit"kan perut masing-masing sahaja. Kesian tenggok veteran-veteran UMMO ni, walaupun mereka IKHLAS, tapi orang lain tak fikir begitu. Biarlah UMMO hancur dek kerana pijak memijak sesama mereka sendiri.

ISLAM ala UMMO


Negara Islam: Masyarakat Cina diminta timbang implikasi
12/01/2011 3:01pm

KUANTAN, 12 Jan. - Masyarakat Cina khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor diminta membuat pertimbangan mendalam mengenai implikasi penubuhan negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, Pas semestinya akan menjadikan agenda itu sebagai satu kenyataan jika dipilih memerintah.

"Pas tidak akan berundur daripada penubuhan negara Islam, ini satu peringatan kepada DAP dan semua rakyat bukan Islam. Jika tengok semua parti politik di negara ini, hanya Pas yang bercakap mengenai agama sebagai agenda politik.

"Jika Pas mempunyai kuasa dan memerintah, dia kena memenuhi apa yang dia lakukan dan menepati perlembagaannya untuk menubuhkan negara Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian sumbangan dan meraikan warga emas sempena Tahun Baru Cina di sini hari ini. - Bernama [Utusan/12 Januari 2011]

Mana UMMO!! mana PERKASA!!
Jika sebelum ini UMMO begitu sensitif dan lantang menyerang YB wanita dari DAP berpakaian "ketat" semasa bersenam di perkarangan surau di Selangor atas nama mendualatkan Islam. Apabila MCA memperlekeh ISLAM pula, mereka menyepi seribu bahasa!! kenapa Menteri yang jaga hal ehwal Islam tidak keluarkan kenyataan!!
Janganlah kita termasuk golongan yang disifatkan Al-Quran sebagai mereka yang hanya ambil isi kitab hanya yang mereka suka sahaja dan menolak sebahagian yang lain.

Sunday, January 9, 2011

Politik "Sdn Bhd"


KUALA LUMPUR 8 Jan. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kedudukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah di antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Itu antara saya dengan Perdana Menteri," katanya ketika ditanya sama ada pertemuannya hari ini turut membincangkan kedudukannya pada PRU13 akan datang. - [Utusan/ 8 Jan 2011]

Beginikah amalan pemimpin BN? belum pun PR diadakan, sudah "loby" kedudukan dalam kerajaan. Inilah pemimpin yang mendahulukan diri sendiri, rakyat dikebelakangkan.