
50 tahun hidup tanpa kemudahan elektrik
RAUB - Seramai 115 penduduk penempatan kekal masyarakat Orang Asli di Batu Balong, di sini menyatakan rasa kesal terhadap pihak yang bertanggungjawab kerana gagal memenuhi keperluan bekalan elektrik yang amat diperlukan.
Ketua Masyarakat perkampungan Orang Asli Batu Balong, Mohd Yusof Abdullah berkata, pihaknya sudah beberapa kali mengemukakan aduan berhubung perkara terbabit, tetapi sehingga kini, semuanya hampa.
Menurutnya, setiap kali pilihan raya umum, penempatan mereka dikunjungi pemimpin setempat, dan pelbagai janji pembangunan ditabur, tetapi apabila pilihan raya selesai, janji hanya tinggal janji.
“Sehingga kini, sudah empat penggal kami menyuarakan hasrat untuk menikmati kemudahan bekalan elektrik bagi setiap rumah, tetapi tidak pernah mendapat perhatian sewajarnya.
“Ketiadaan elektrik menyebabkan kami sentiasa dalam kesusahan. Sehingga kini, kami masih lagi terpaksa mencari damar untuk dijadikan pelita bagi memudahkan urusan pada malam hari.
“Kami sudah tidak sanggup lagi berulang-alik sejauh 12 kilometer ke bandar Raub untuk membeli bekalan minyak bagi kegunaan pelita,” katanya. [sinarharian.com/pahang/28 Nov 2009]
Sering dimomok dalam akhbar dan TV betapa daif, miskin, tiada kemudahan asas sempurna seperti elektrik dan air di negeri-negeri yang dipimpin oleh Pembangkang.
tetapi inilah realiti yang berlaku di negara kita, satu negeri yang tidak pernah diterajui pembangkang sejak dari merdeka lagi turut ada kes-kes sedemikian.
Lebih dukacita lagi apabila kawasan Raub ini diterjui oleh Ahli Parlimen kerajaan yang bertaraf Menteri. Adakah Y.B. Dato' Sri Dr.Ng Yen Yen tidak mengetahui ada masyarakat di tempatnya masih tiada bekalan elektrik? Apa pula peranan UMNO yang mengetuai kerajaan Negeri? hendak dikatakan peruntukan dari Kerajaan Pusat tidak dapat, itu mustahil berlaku. Jadi apakah masalah kepada golongan kecil di Raub ini?
Jika negeri yang baru diperintah PR selepas PRU lepas seperti Kedah, terus dicanang pelbagai masalah seperti ini hari demi hari. Adakah bila PR perintah terus serta merta orang itu jatuh miskin? atau jika negeri yang pernah dicanang banyak masalah kemasyarakatan seperti Terangganu di era pemerintahan PAS dahulu kembali kepada BN, maka automatik orang-orang miskin dulu terus jadi kaya raya? Andalah yang perlu fikir dan nilai sendiri.
0 comments:
Post a Comment