Thursday, April 2, 2009

Kenapa menyepi hulubalang UMNO




"Jika hendak menilai negara pada masa hadapan, maka nilailah dahulu pemuda dan pemudi sekarang"


Ini adalah antara madah yang biasa kita dengar sehari-hari. kenapakah madah ini sering diungkap oleh para cerdik pandai hingga pemimpin-peminpin agung dunia? jawapannya sudah tentulah, golongan muda ini adalah yang bakal mewarisi corak kepimpinan dan pentadbiran sesebuah negara. jika mereka baik, maka baiklah senario masa hadapan tetapi jika mereka rosak, natijahnya adalah sebaliknya.


Di Malaysia juga Pemuda menjadi "hero" terkehadapan dalam arena politik semasa. Presiden UMNO yang baru telah mengelarkan mereka sebagai "hulubalang" perjuangan. Tetapi sebaliknya telah berlaku dalam langskap politik UMNO sekarang, apabila ketua pemuda UMNO yang baru iaitu Sdr Khairi Jamaluddin yang menang dalam pemilihan UMNO lalu bagaikan terus "hibernasi" hingga ke saat ini. Semua sedia maklum akan karekter KJ. Beliau seorang yang cukup lantang dan cergas dalam arena politik negara. Tetapi apabila beliau tidak langsung turun ke 3kawasan PRK yang sedang panas ini, menimbulkan satu kemusykilan di kotak fikiran kita.


Beliau sekarang tersekat dek kerana pelbagai kontroversi berkaitan rasuah dalam pemilihan UMNO dilihat hanya "menang sorak, maruah tergadai" oleh masyarakat umum. Adakah pemuda UMNO diambang kehancuran kini apabila berlaku keretakkan dalaman sayap pemuda tersebut? Masyarakat pula memandang KJ tidak "bersih" dan tidak layak untuk memimpin. kemungkinan itulah sebabnya ketua pemuda UMNO ini tidak turun padang berkempen kerana kebencian masyarakat akan mengatasi sokongan yang bakal diraih. UMNO perlu bertindak melakukan sesuatu supaya sayap pemuda tidak menjadi "biawak hidup" dan satu liabiliti yang besar kepada UMNO keseluruhan. Masyarakat kini terutama golongan muda telah berfikiran luas dan akan hanya memberi sokongan kepada mereka-mereka yang benar-benar telus dan bersih dari segala tuduhan dan kontroversi.

0 comments: