Pilihanraya kecil DUN Penanti bakal diadakan berikutan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin daripada PKR mengosongkan kerusi DUN tersebut. Banyak isu telah ditimbulkan oleh perlbagai pihak terutama pihak partai pemerintah. Tetapi yang lebih penting disini ialah kita dapat memikirkan apakah yang tersirat dari isu yang berlaku di Penanti, Pulau Pinang ini.
1- Baru-baru ini, selepas Dato Seri Najib Razak ditabal sebagai PM. Beliau telah melaksanakan satu program yang akan menilai prestasi dan pencapaian setiap Menteri dan Timbalan Menteri dalam kabinetnya. KPI (Key Perfomance Index) atau Indek Penunjuk Prestasi telah menjadi pilihan dalam perlaksanaan sistem ini. Menurut beliau lagi menerusi KPI ini, prestasi "orang bawahan" pentadbirannya akan dinilai setiap 6bulan dan tindakan akan diambil jika prestasi mereka tidak mencapai tahap yang beliau kehendaki.
Apa yang terjadi di Penanti ini telah membuktikan Pakatan Rakyat khususnya PKR telah mendahului BN dalam perlaksanaan sistem KPI ini. Ini terbukti apabila mantan ADUN Bukit Selambau dan yang terkini, TKM1 penang ini telah meletak jawatan berikutan beliau tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas dan amanah pengundi mereka. Alasan bahawa beliau akan menumpukan kepada pembelajaran di luar negara bukanlah isu yang besar kerana itu adalah satu kepentingan peribadi. Yang menjadi keutamaan ialah amanah rakyat yang ditanggung.
Adalah lebih bermaruah dan dilihat lebih bertangungjawab apabila sudah tidak mampu melaksana amanah rakyat yang telah diberikan. Maka beliau kembalikan amanah tersebut kepada rakyat supaya rakyat memilih orang lain yang mampu memikul amanah tersebut. Ini berbeza dengan pendekatan popular UMNO dan BN terutama di Perak apabila sanggup menumbangkan kerajaan pakatan rakyat hanya semata-mata mendapat atau "membeli" 3 Adun yang sudah semua kita maklum itu. Mereka (BN) begitu bangga dengan kejayaan merampas kembali negeri Perak tetapi BN tidak langsung memikirkan berkenaan "maruah"diri atau parti kerana mendapat kuasa dari "hero" yang disifatkan "pembelot" dan "tiada harga diri dan maruah". Jika betul-betul Dato Najib ingin melaksanakan tranformasi dalam BN dan melaksanakan KPI. Maka sewajarnya, ketiga-tiga mereka ini di"buang" dari BN dan diberikan kuasa kepada rakyat semula. Dengan cara inilah sahaja, rakyat akan melihat BN merupakan sebuah parti yang bersih. JIka tidak, rakyat akan terus menerus melihat BN adalah satu parti yang kotor, tidak berintegriti dan TIDAK PUNYA MARUAH!!
0 comments:
Post a Comment